Sabtu, Julai 04, 2009

Pencetak laser jimat dan pantas




Peneraju penyelesaian pengimejan digital dan fotografi dunia, Canon melancarkan pencetak laser pelbagai fungsi empat dalam satu bagi meningkatkan produktiviti pejabat enterpris kecil dan sederhana (SME).

ImageCLASS D1150 didatangkan dengan enjin pencetak berkelajuan tinggi termaju dan merupakan peralatan paling kompak dalam kelasnya serta merupakan pilihan terbaik bagi tempat yang terhad.

Perniagaan kecil dan sederhana (IKS) yang bersaing antara satu sama lain serta perniagaan yang lebih besar.

IKS mempunyai peluang untuk bersaing dan berjaya dengan adanya Canon imageCLASS D1150 yang direka khusus untuk memenuhi permintaan mereka.

Ciri-ciri seperti cetakan cepat, lebih banyak dan keupayaan faks, rangkaian imageCLASS D1150 akan membantu IKS untuk menghasilkan dokumen yang bermutu tinggi dengan cepat dan membantu mencapai kualiti yang ditetapkan.

Kelajuan pencetak imageCLASS D1150 dijana oleh inovatif Canon, teknologi pencetak Ultra Fast Rendering II (UFRII).

Selain itu First Copy Out Time (FCOT) lebih kurang lapan saat , pencetak juga menawarkan pemulihan dengan cepat dan masa pemanasan serta penggunaan kuasa paling rendah semasa mod senyap lebih kurang 3 watts, iaitu 75 peratus lebih rendah berbanding pencetak laser biasa,

Canon imageCLASS D1150 juga mempunyai butang Penjimat Tenaga bagi suis segera untuk menjimatkan tenaga.

Tambahan pula Canon imageCLASS D1150 telah kriteria Energy Star Typical Electricity Consumption (TEC) dengan menggunakan sejumlah 1.32 kilowatt jam seminggu elektrik yang empat kali lebih rendah berbanding model yang ada di pasaran.

Model terkini Canon ini dibina bagi kecekapan tinggi tetapi pada masa yang sama sensitif ke arah memulihara alam sekitar.

Selain daripada Duplex Automatic Document Feeder (ADF) 50 helai, Canon imageCLASS D1150 juga datang dengan kapasiti kertas piawai yang boleh dipertingkatkan daripada kaset 500 keping kepada 1,000 keping.

Bagi pelbagai saiz dan jenis media, terdapat Dulang Pelbagai Guna yang boleh menerima sehingga 50 keping kertas atau lima helai sampul surat pada satu masa.

Canon imageCLASS D1150 menawarkan sistem katrij semua dalam satu bebas gangguan di mana pengguna boleh memastikan kualiti 100 peratus penggantian toner dan dram dan operasi pada setiap maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Canon www.canon.com.my

Canon imageCLASS D1150 boleh dibeli pada harga runcit RM 3,100.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan