Isnin, November 04, 2013

Ultrabook pilihan terbaik masa kini

  • Ultrabook pilihan terbaik masa kini
 1 / 1 
KEMAJUAN teknologi menjadikan peranti atau gajet semakin maju dan canggih dari semasa ke semasa serta dilengkapi fungsi dan ciri-ciri untuk memudahkan pengguna.

Jika dahulu kita sering mendengar perkataan komputer tablet atau notebook, kini terdapat juga variasi baru digelar ultrabook yang menawarkan lebih ciri mudah alih berprestasi tinggi berbanding variasi komputer riba lain.

Beberapa jenama terkenal dalam dunia komputer turut mengeluarkan ultrabook tersendiri yang memiliki ciri seperti saiz lebih kecil, ringan dan nipis.

Dengan ketebalan hanya 12.9 milimeter, Acer Aspire S7 Ultrabook antara yang ternipis masa kini selain memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja, kerana komputer itu begitu ringan.

Aspire S7 mempunyai paparan skrin definisi tinggi penuh yang memaparkan butiran secara mendalam, selain fungsi multi-sentuhan 10 titik yang memberikan lebih kawalan dan ketepatan.

Aspire S7 direka dengan skrin paparan yang boleh dibuka sehingga 180 darjah dan sudut pandang yang boleh diterbalikkan.

Selain itu Aspire S7 juga boleh membolehkan pengguna menikmati kandungan media terus ke televisyen dengan teknologi Wireless Display (WiDi).

Acer Aspire S7 juga menggunakan rangka aluminium dan paparan kaca Gorilla Glass, menjadikan Aspire S7 sangat langsing, ringan dan kuat.

Acer Aspire S7 menggunakan sistem operasi Windows 8 dan komputer ini mempunyai berat hanya 1.3 kilogram serta jangka masa bateri yang panjang sehingga lapan jam.

Jika anda ingin sesuatu yang pantas dan ringan, Samsung ATIV Book 9 Lite adalah pilihan yang bagus kerana ia memberikan pengalaman komputer riba berprestasi tinggi.

Samsung menyedari pertimbangan utama rakyat Malaysia untuk komputer riba adalah peranti itu perlu menawarkan kemudahan mobiliti dengan keupayaan melakukan pelbagai tugas.

Dengan Samsung ATIV Book 9 Lite, kami mahu menghasilkan peranti yang memenuhi keperluan asas pengguna yang besar, di samping memelihara reka bentuk yang luar biasa dan pengalaman keseluruhan seperti yang ditawarkan Book 9.

Dibina dengan paparan anti-reflektif, pengguna kini boleh menikmati pengalaman visual yang lebih tajam dan jelas, kerana Samsung ATIV Book 9 Lite didatangkan dengan skrin LED 13.3 inci dengan resolusi tinggi.

Samsung ATIV Book 9 Lite baru ini dilengkapi dengan sistem operasi Windows 8 dan boleh dihidupkan hanya dalam masa lapan saat apabila butang kuasa ditekan dan dua saat jika berada dalam mod tidur.

Hari ini, orang ramai lebih menggemari teknologi sentuhan, menyebabkan teknologi itu digunakan di mana sahaja, termasuk dalam komputer kerana seluruh dunia berinteraksi melalui gajet dan kandungan digital.

Kami secara agresif menawarkan pengguna pelbagai produk komputer dan mempunyai salah satu portfolio terbesar bagi produk Windows 8 bagi mengekalkan kedudukan semasa kami  sebagai pengeluar terbesar.

Lenovo IdeaPad S400 adalah komputer riba yang bergaya dan berpatutan dengan profil nipis, berat ringan dan hayat bateri yang panjang menjadikannya sempurna untuk golongan yang sentiasa bergerak.

Model ini boleh digambarkan sebagai sangat mengagumkan, serta menawarkan pelbagai ciri canggih .

Dari segi reka bentuk pula, Lenovo IdeaPad S400 menampilkan kemasan metalik dengan sentuhan paparan skrin yang lebar serta ringan, papan kekunci AccuType dan pad sentuh yang besar.

Dengan paparan 14 inci, Lenovo IdeaPad S400 menawarkan paparan skrin yang lebih cerah dan berwarnawarni berbanding sesetengah komputer riba bajet lain yang mempunyai sudut tontonan sempit.

Ahad, April 07, 2013

Kelainan Galaxy S4


PENERAJU global dalam media dan teknologi digital, Samsung Electronics Co. Ltd. baru-baru ini mengumumkan pelancaran Galaxy S4, generasi keempat dalam rangkaian Galaxy S.

Gajet terbaharu itu dibangun bagi melengkapkan keperluan pengguna masa kini yang melihat pembangunan teknologi memainkan peranan penting dalam memaksimumkan perlaksanaan kehidupan harian.

Menariknya mengenai generasi keempat berkenaan, mempunyai paparan Super AMOLED berdefinisi penuh (HD) yang pertama di dunia dan dilengkapi dengan kamera belakang 13 mega piksel.

Selain itu, reka bentuknya lebih kukuh dengan skrin bersaiz lima inci, bateri seberat 170 gram yang menjadikannya tampak nipis sekali gus lebih mudah dipegang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Samsung, Galaxy S4 merupakan telefon bimbit pintar dengan hanya berukuran 7.9 milimeter serta dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan harapan pengguna seluruh dunia.

Menurut Presiden dan juga Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (IT) dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin, pihaknya akan terus menaiktaraf inovasi yang diperoleh daripada bayangan pengguna dan dalam masa yang sama akan menjadikan keinginan mereka sebagai satu kenyataan.

Galaxy S4 juga dilengkapi dengan teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang tahan lasak dan setiap gambar yang dirakam mampu merekod bunyi yang mampu membuatkan anda mengingati kenangan indah serta berkongsi setiap saat dalam setiap gambar lebih dengan jelas," katanya.

Pada edisi pengenalan sempena majlis pelancarannya baru-baru ini, gajet itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dengan pilihan warna tambahan bakal menyusul akhir tahun ini.
Samsung masih mengekalkan rekaan sama seperti rangkaian Galaxy S terdahulu, S3 dengan bahan plastik premium yang menjadikan model terbabit berjaya dinipiskan dengan resolusi skrin 441 pixel per inchi (ppi).

Selain itu, teknologi Airview juga membolehkan operasi sentuh skrin menumpukan speed dial dengan mengeluarkan gambar dari nombor satu hingga sembilan.

Pada masa sama, fungsi WatchON diperkemas menjadi alat kawalan televisyen manakala album foto memungkinkan pengguna memasukkan audio dalam setiap rakaman yang diambil.

Terdapat dua ciri menarik pada inovasi Group Play yang mana pengguna boleh berkongsi muzik menggunakan pelbagai jenis telefon sebagai pembesar suara selain bermain permainan dalam talian bersama telefon lain tanpa sambungan data, Wi-Fi atau Bluetooth.

Bagi sesetengah pengguna telefon bimbit pintar, kekangan bahasa amat merumitkan namun aplikasi
S Translator yang terdapat pada Galaxy S4 mampu memberi terjemahan segera dengan hanya menggunakan teks atau menyuarakan terjemahan atas permohonan termasuk e-mel, pesanan teks dan ChatON.

Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati bermula suku kedua tahun ini secara global dan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi tambahan mengenai gajet ini boleh layari laman web www.samsung mobilepress.com.

Khamis, Januari 12, 2012

Jimat kuasa bersama Acer Aspire S3


DIREKA bagi memenuhi keperluan para pengguna komputer riba moden yang sentiasa ingin memaksimumkan masa dan usaha di mana sahaja, Acer kini memperkenalkan Aspire S3 Utrabook yang terbaru.
Menawarkan gabungan kuasa dan produktiviti sebuah komputer riba bersama ciri-ciri penting telefon pintar dan tablet PC seperti pantas untuk dihidupkan dan kepantasan sambungan Internet.
Menurut Pengurus Besar Acer Sales Services Sdn. Bhd., Ricky Tan, pihaknya komited untuk terus membuat penyelidikan dan pembangunan reka bentuk yang inovatif serta ekopintar.
"Ia bertujuan bagi memenuhi kehendak pengguna serta menyumbang ke arah pasaran komputer riba yang lebih sihat.
"Acer Aspire S3 Ultrabook dijangka menerajui momentum pertumbuhan baru bagi komputer riba Acer ketika kami berusaha untuk menawarkan kepada pelanggan pelbagai rangkaian produk bergerak yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi menarik dan terkini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Aspire S3 Utrabook di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Aspire S3 menampilkan dua inovasi terbaru iaitu Acer Green Instant On yang menawarkan maklum balas yang sangat pantas bagi memberikan pengalaman 'permulaan dan penggunaan secara segera'.
Teknologi tersebut memiliki dua mod tidur (sleep) yang membolehkan Acer Aspire S3 kembali dioperasikan dalam masa yang singkat.
Bagi mod Sleep Acer Aspire S3 akan dihidupkan semula dalam tempoh kurang dua saat sementara dalam mod Deep Sleep pula ia boleh kembali dihidupkan dalam masa enam saat sahaja.
Inovasi kecekapan tenaga ini memastikan bateri dapat bertahan sehingga tujuh jam lamanya sewaktu beroperasi dan bateri mampu bertahan sehingga 50 hari jika berada didalam modDeep Sleep.
Seterusnya, ciri Acer Instant Connect pula membolehkan pengguna untuk mengakses Internet dalam masa hanya 2.5 saat iaitu empat kali lebih laju berbanding dengan sambungan Internet konvensional.
Kuasa Aspire S3 dijana oleh pemproses Intel Core generasi kedua termasuklah inovasiInstant On dan Instant Connect di samping hanya seberat 1.4 kilogram (kg) dan senipis 13 milimeter (mm).
Reka bentuk Aspire S3 yang lebih aerodinamik juga menampilkan kerangka aluminium atau aloi magnesium yang ringan di samping dilindungi dengan satu lapisan kemasan logam yang licin.
Pengguna boleh memilih storan bermula dari 320 GB HDD untuk tujuan akses yang ultra pantas, storan media serta data yang besar.
Dilengkapi dengan Dolby Home Theater v4 yang ditala secara profesional, Aspire S3 memberikan kesan bunyi sekeliling yang lebih bertenaga.
Aspire S3 ditawarkan pada kadar harga RM2,599 dan boleh didapati di semua wakil penjual yang sah, untuk maklumat lanjut layari laman web Acer di www.acer.com.my atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288.

Rabu, April 20, 2011

Tunggu Kehadiran Blackberry Playbook di Malaysia







Di sebalik teka-teki tarikh sebenar ia dikeluarkan di Malaysia, Research In Motion (RIM) mengurangkan sedikit keresahan apabila mendedahkan tablet pertama mereka, Blackberry Playbook akan diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 19 Mei ini.

Ia akan dilengkapi storan pilihan berkapasiti 16GB, 32GB dan 64GB dengan harga anggaran bermula RM1,499, RM1,799 dan RM2,099.

Setakat ini, RIM mengesahkan aksesori yang dijual secara berasingan termasuk papan kekunci, casing dengan empat warna seperti dalam gambar di atas dan dok untuk menempatkan tablet tersebut.

Model BlackBerry PlayBook didatangkan dengan skrin sesentuh tujuh inci dan kamera berkembar definisi tinggi 5.0 megapiksel pada bahagian belakang dan 3.0 megapiksel di bahagian depannya.

Playbook tidak akan menggunakan sistem operasi Blackberry 6 sebaliknya menggunakan teknologi QNX Neutrino yang berkuasa tinggi sepadan dengan pemprosesan 1GHz yang dibekalkan.

Sasaran penggunanya ditujukan kepada individu profesional yang bergerak seharian dalam urusan kerja masing-masing namun pada sama mahukan peranti hiburan menemani mereka pada saiz kompak.

Ekosistemnya lengkap dengan aplikasi tersedia termasuk menyokong POSIX OS, Open GL, Webkit, Adobe Flash, Java dan Adobe Mobile AR.

Saiz? 130 x 194 x 10mm. Beratnya memang ringan dengan hanya 425 gram.

Wakil RIM pula tidak mahu mengulas tentang saiz Playbook yang mungkin akan dibesarkan kepada 10.1 inci pada masa akan datang.

Selasa, Mac 29, 2011

Sekadar Perbandingan Sahaja



Nokia E7




Close window 

Buku Petunjuk/Panduan Nokia E7–00






Spesifikasi Nokia E7-00



GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100
Announced2010, September
StatusComing soon. Exp. release 2011, Q1
SIZEDimensions123.7 x 62.4 x 13.6 mm, 104.9 cc
Weight176 g
DISPLAYTypeAMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size360 x 640 pixels, 4.0 inches

- Nokia ClearBlack display
- QWERTY keyboard
- Multi-touch input method
- Proximity sensor for auto turn-off
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Scratch resistant Gorilla glass display
SOUNDAlert typesVibration; MP3, WAV ringtones
SpeakerphoneYes

- 3.5 mm audio jack
MEMORYPhonebookPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsDetailed, max 30 days
Internal16 GB storage, 256 MB RAM, 1 GB ROM
Card slotNo
DATAGPRSClass 32
EDGEClass 32
3GHSDPA, 10.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n
BluetoothYes, v3.0 with A2DP
Infrared portNo
USBYes, microUSB v2.0, USB On-the-go support
CAMERAPrimary8 MP, 3264x2448 pixels, fixed focus, dual-LED flash
FeaturesGeo-tagging, face detection
VideoYes, 720p@25fps, video stabilization
SecondaryYes, VGA
FEATURESOSSymbian^3 OS
CPUARM 11 680 MHz processor, 3D Graphics HW accelerator
MessagingSMS (threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
BrowserWAP 2.0/xHTML, HTML, RSS feeds
RadioStereo FM radio with RDS
GamesYes + downloadable
ColorsDark Grey, Silver White, Green, Blue, Orange
GPSYes, with A-GPS support; Ovi Maps 3.0
JavaYes, MIDP 2.1

- Active noise cancellation with dedicated mic
- Digital compass
- TV-out (720p video) via HDMI and composite
- Dolby Digital Plus via HDMI
- MP3/WAV/eAAC+/WMA player
- MP4/H.264/H.263/WMV player
- Voice command/dial
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Video/photo editor
- Flash Lite 4.0
- Voice memo/dial
- T9
BATTERY
Standard battery, Li-Ion 1200 mAh (BL-4D)
Stand-byUp to 432 h (2G) / Up to 480 h (3G)
Talk timeUp to 9 h (2G) / Up to 5 h (3G)
MISCSAR US0.93 W/kg (head)     1.23 W/kg (body)    
SAR EU0.56 W/kg (head)    






CatitanKU pada 14.06.11

Setelah aku menggunakan handphone Nokia E7 ini selama 2 bulan aku dapati kelebihannya...............

1- Kepada yang berminat menulis dan mecatatkan pelbagai aktiviti di dalam kehidupannya maka handphone ini sangat berguna kerana taipannya tepat dengan menggunakan keypad sliding.

 Ya...itu saja kelebihan Nokia E7, iaitu menulis, oh ya !  sebelum aku terlupa, satu lagi kelebihan Nokia E7 ialah tentang butang pintasnya.....kira  ok....lain-lain tiada....bertaraf biasa sahaja.



Kelemahannya .......

1- Kepada pengguna yang mengharapkan akses internet melalui Nokia E7, lupakan sahajalah, internet melalui Nokia E7 sangat hampas dan bodoh, lembab macam kura-kura..............kesimpulannya sangat tidak bagus.


2-  Camera 8mp nya tak cantik mana, kesimpulannya ....tak bagus.

itulah sahaja.....







Dan ini pula  Samsung I9100 Galaxy S  II






Samsung I9100 Galaxy S II pictures

Samsung
Samsung I9100 Galaxy S II





GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
Announced2011, February
StatusComing soon. Exp. release 2011, Q1
SIZEDimensions125.3 x 66.1 x 8.5 mm
Weight116 g
DISPLAYTypeSuper AMOLED Plus capacitive touchscreen, 16M colors
Size480 x 800 pixels, 4.3 inches

- Gorilla Glass display
- TouchWiz UI v4.0
- Multi-touch input method
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Touch-sensitive controls
- Proximity sensor for auto turn-off
- Gyroscope sensor
- Swype text input
SOUNDAlert typesVibration; MP3, WAV ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYPhonebookPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsPractically unlimited
Internal16GB/32GB storage, 1 GB RAM
Card slotmicroSD, up to 32GB
DATAGPRSClass 12 (4+1/3+2/2+3/1+4 slots), 32 - 48 kbps
EDGEClass 12
3GHSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n, DLNA, Wi-Fi Direct
BluetoothYes, v3.0+HS
Infrared portNo
USBYes, v2.0 microUSB (MHL), USB On-the-go
CAMERAPrimary8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
FeaturesGeo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization
VideoYes, 1080p@30fps
SecondaryYes, 2 MP
FEATURESOSAndroid OS, v2.3 (Gingerbread)
CPUDual-core 1GHz ARM Cortex-A9 proccessor, Mali-400MP GPU, Orion chipset
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML
RadioStereo FM radio with RDS
GamesYes
ColorsBlack
GPSYes, with A-GPS support
JavaVia third party application

- NFC support (optional)
- TV-out (via MHL A/V link)
- SNS integration
- Digital compass
- MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Adobe Flash 10.1 support
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input

BATTERY
Standard battery, Li-Ion 1650 mAh
Stand-by






Kesimpulannya =

Kedua-duanya sama hebat, ibarat dua orang gadis yang sama cantik, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, memang susah mahu memilih yang mana satu........