Komunikasi mobiliti tanpa had
|
|
TERUS melangkah cemerlang dalam industri produk telekomunikasi, Sony Ericsson tampil dengan telefon bimbit pintar terbaru XPERIA X2 yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile 6.5.
Menawarkan pengalaman fungsi e-mel dan multimedia terbaik dalam kelasnya, ia membenarkan pengguna mengedit setiap dokumen secara terus melalui aplikasi Microsoft Office Mobile.
Menerusi paparan gelongsor tepi yang unik pula, ia akan memastikan pengguna dapat mengendalikan gajet tersebut dengan lebih mudah untuk capaian pantas kepada pelbagai aplikasi.
Selain itu, pengguna XPERIA X2 juga akan dapat terus berkomunikasi tanpa had menerusi tawaran 14 rekaan panel istimewa seperti Skype, Mytopia, Googles, CNN dan Windows Live selain 16 panel lagi boleh diperoleh secara muat turun.
Lebih menarik apabila ia turut dilengkapi dengan paparan layar sesentuh tiga dimensi (3D) yang lebih fleksibel dan sesuai untuk pelbagai urusan sama ada bisnes, hiburan atau pun komunikasi.
Spesifikasi lain yang ditawarkan adalah papan kekunci QWERTY, kabel televisyen output, skrin 3.2 inci berevolusi tinggi serta kamera 8.1 megapiksel.
Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, dalam dunia yang cukup mencabar kini, pengenalan model dilihat dapat memberi peluang kepada setiap individu untuk terus berhubung tanpa batasan.
''Melalui platform Windows Mobile 6.5, ia akan membenarkan pengguna melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan efisien secara mobiliti,'' katanya
XPERIA X2 kini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Elegant Black dan Modern Silver.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan