Selasa, Februari 23, 2010

Menunggu Telefon Pintar Symbian Yang Sempurna

1. Agak-agaknyalah, apakah telefon pintar Symbian yang paling sempurna agaknya? Yang sesuai untuk anda?

2. Ia tidak semestinya sesuai untuk setiap orang. Kerana setiap orang punya citarasa sendiri, betul?

3. Bagi saya, saya mengidamkan sebuah telefon pintar Symbian yang memiliki ciri-ciri berikut :

– Symbian OS yang terbaru dari Symbian Foundation, lengkap dengan UI Symbian yang terbaru, bukan berdasarkan S60 tapi yang menggunakan asas Orbit dan DirectUI..

– Bateri berkapasiti 2500 mAh. Boleh tahan 2-3 minggu walaupun pakai berterusan dan sentiasa dihubungkan dengan internet.

– Menggunakan pemproses berkuasa yang memiliki pemproses Grafik berkapasiti tinggi sekurang-kurangnya 2GHz macam ARM Cortex A9 Multi-Core Processor atau Nvidia Tegra APX 2600.

– GPS chipset sekurang-kurangnya SiR4 atau SiRprima.

– RAM sekurang-kurangnya 2GB!

– Memori simpanan sekurang-kurangnya 32GB!

– Skrin besar, sekurang-kurangnya beresolusi 640×480 VGA dengan saiz fizikal 4 inci.

– Skrin sentuh memang bagus kalau ada tapi kalau takde pun takpe.

– Ada port untuk cucuk USB (USB Master)

– Ada port TV-out

– Keyboard gelongsor QWERTY penuh siap dengan nombor, ala-ala Psion Series 5mx.

– Kamera 8 megapiksel sekurang-kurangnya, menggunakan lensa Leica atau Schneider Kruiznacht. Lampu flash dia pakai Xenon!

– Saiz mesti jangan terlalu besar, kalau boleh, saiz lebihkurang Sony Ericsson P1i.

– WiFi, BT, 3G, 3.5G dan semua pilihan internet yang ada.

– Perisian wajib yang datang tanpa perlu pasang, dah siap ada dalam tu, Opera Browser (bukan Opera Mini tapi Opera Desktop Full), Documents To Go penuh siap boleh edit, VLC, SMPlayer, perisian FTP, pembaca PDF, pengurus pengkalan data (Database), CorePlayer.

4. Agak-agak satu hari nanti ada tak pengeluar telefon yang sanggup keluarkan telefon idaman saya ni?

5. Anda bagaimana? Apakah ciri-ciri telefon sempurna idaman anda?

Jumaat, Februari 12, 2010

Untuk perniagaan mampu milik



ThinkPad X100e menawarkan fungsi terbaik dengan harga cukup berpatutan.


IDEA dan inovasi teknologi yang dibawa oleh syarikat pengeluar komputer terkenal, Lenovo sememangnya tidak pernah mengecewakan.

Hadir untuk memenuhi keperluan pelbagai segmen pengguna, syarikat berkenaan terus mengaplikasikan kejuruteraan pengkomputeran termaju dalam produk-produk keluaran mereka.

Antara yang terbaru adalah pengenalan model ThinkPad X100e dengan tawaran fungsi cemerlang dan harga yang sangat berpatutan iaitu di bawah RM2,000.

Oleh kerana sasaran aplikasinya dari kalangan peniaga dan juga profesional, model itu menggabungkan keunggulan prestasi, fungsi serta rekaan.

Menurut Pengurus Negara Perniagaan Komersial Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan, inisiatif pengenalan model itu terdorong oleh permintaan pasaran yang menginginkan produk komputer dengan fungsi perniagaan.

''Melihat kepada trend keperluan tersebut, kita telah mengenalpasti peluang penciptaan komputer riba dengan fungsi terbaik dan mobiliti sepenuhnya,'' jelasnya pada pelancaran model itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pembangunannya dipacu menggunakan pemproses AMD Athlon Neo untuk jaminan prestasi maksimum ketika melaksanakan pelbagai tugas.

Bagi keselesaan paparan, model itu didatangkan bersama skrin definisi tinggi (HD) bersaiz 11.6 inci.

Tidak cukup dengan itu, pengguna turut akan berpuas hati dengan penampilan papan kekunci bersaiz penuh serta pad sesentuh pelbagai untuk kemudahan navigasi.

Sistem operasi Windows 7 pada komputer riba tersebut pasti akan melengkapkan kecemerlangan fungsinya secara menyeluruh.

Untuk aplikasi mobiliti pula, model berkenaan disempurnakan dengan capaian sambungan wayarles, Wi-Fi, 3G dan juga Bluetooth.

ThinkPad X100e kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM1,699. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web www.lenovo.com.






Komunikasi luar biasa dengan XPERIA X10


XPERIA X10 mempunyai fungsi paparan grafik menarik dan luar biasa.


TIDAK lama lagi, pengguna telefon bimbit di negara ini bakal menikmati pengalaman komunikasi luar biasa menerusi pengenalan model telefon bimbit pintar XPERIA X10.

Dibawakan oleh Sony Ericsson, produk ketiga bagi portfolio penjenamaan XPERIA itu dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Dengan matlamat mengintegrasikan aplikasi sosial media dan hiburan bersama medium komunikasi, ia dilihat sebagai peranti penerokaan teknologi selular yang cukup cemerlang.

Model tersebut turut mengetengahkan platform Pengalaman Pengguna (UX) menerusi paparan grafik cemerlang dan pengenalan spesifikasi terbaik.

Platform berkenaan juga menggabungkan sistem operasi bersama beberapa aplikasi unik seperti perkhidmatan ciri hiburan dan, media sosial.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, pengenalan XPERIA X10 merupakan strategi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

''Menerusi model ini, kami merealisasikan falsafah Sony Ericsson yang mampu mencipta teknologi seperti mana dimahukan oleh pengguna.

''Dengan X10, pengguna akan dapat menikmati pengalaman komunikasi dengan lebih seronok dan bermakna,'' jelasnya.

Antara aplikasi baru yang diperkenalkan adalah Mediascape dan Timescape yang membolehkan pengguna menguruskan telefon bimbit mereka secara lebih intuitif.

Aplikasi Timescape akan membenarkan aktiviti pengurusan komunikasi secara bersama menerusi pelayaran laman web Facebook, Twitter, foto, emel dan juga teks.

Untuk Mediascape pula, ia merupakan cara terbaik mendapatkan fail seperti muzik, foto dan video kegemaran melalui akses kandungan dari mana-mana lokasi seperti telefon bimbit rakan, laman YouTube atau PlayNow.

Kedua-dua aplikasi pintar berkenaan secara automatik akan dapat mengenalpasti hubungan antara nombor panggilan dengan kandungan media.

XPERIA X10 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi laman blogs.sonyericssoncom/products.


Sony Ericsson XPERIA X10 review




Rabu, Februari 10, 2010

Google perkenal "Buzz" tandingi Facebook, Twitter


Loading ... Loading ...


SAN FRANCISCO: Google kini memperkenalkan perkhidmatan emal percuma "Buzz", menjadi satu lagi rangkaian sosial yang bakal menandingi platform terkemuka Facebook dan Twitter.

Pengurus Produk Google Buzz, Todd Jackson menyifatkan penawaran platform baru itu sebagai "pembaharuan secara total dalam Gmail”.

Produk "Buzz" dilancarkan semalam di ibu pejabat Google di


Mountain View, California.

Buzz bermula semalam dengan semua pengguna laman web emal Google - Gmail dihubungkan secara online dengan rakan mereka termasuk perkongsian maklumat terkini, video, gambar dan produk tambahan lain.

Langkah Google itu berikutan berdepan persaingan dengan rangkaian sosial lain seperti Facebook dan Twitter, yang membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman, aktiviti dan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara serta isu semasa. - AFP