Rabu, Mac 24, 2010

Desas-desus : E7-00


1. Satu lagi telefon pintar dari Nokia yang bakal diumumkan bila-bila masa ialah E7-00 yang menggunakan Symbian^3.

2. E7-00 juga menggunakan nama yang agak baru (nama sebenarnya belum diketahui) dan ia merujuk kepada “high-end” Eseries. Mungkin ia adalah untuk menggantikan Communicator E90 yang sudah ketinggalan zaman.

3.Sebagai sebuah telefon pintar yang disasarkan kepada pasaran bisnes, perkakasan dan perisiannya juga memiliki ciri-ciri bisnes.

4. Antara lain, spesifikasinya adalah :
- rekabentuk “hybrid” (skrin sentuh dan QWERTY)
- 4 baris QWERTY keyboard
- skrin sentuh dongak (seperti N97) 4 inci AMOLED yang menyokong teknologi capacitive dengan multitouch
- (mungkin) menggunakan prosessor snapdragon
- 256 MB RAM
- 1024 MB ROM
- storan 16 GB bina dalam
- slot microSD
- 3.5 mm audio jack
- kamera 8 megapixel dengan flash LED (tiada Xenon, tiada lensa optik Carl Zeiss)
- rakaman video HD
- tiada output HDMI
- Microsoft Office Communicator Suite disertakan
- kehebatan Symbian^3
- di pasaran pada bulan August atau September 2010
- sangat nipis, hanya 13.8mm
- badan diperbuat dar “anodised aluminium”
- bateri bina dalam 1200 mAH

5. Sekiranya betul, maka ia akan menjadi Eseries yang pertama menggunakan skrin sentuh. Tiada Eseries yang menggunakan skrin sentuh sebelum ini (E50, E61, E70, E61i, E62, E65, E71, E66, E90, E63, E75, E52, E55, E72.

6. Gambar rekabentuk E7-00 telah diedarkan di internet semenjak awal tahun 2010 tetapi ramai yang menyangkakan ia adalah salah satu Nseries.

7. Dalam gambar ini, warna hijau merujuk kepada satu, iaitu “rekabentuk konsep”. Saya masih ingat lagi satu ketika dulu, Psion Series 5 berwarna hijau diberi nama kod Protea.

8. Sejujurnya, spesifikasi yang diberikan menunjukkan ia bakal menjadi sebuah telefon pintar yang hebat. Skrinnya sebesar 4 inci itu akan menjadi amat berguna untuk menonton video!

9. Sama-sama kita tunggu pengumumannya!!!


Nokia-E7-00.jpg


Sabtu, Mac 20, 2010

Symbian^3 Semakin Menarik

1. Banyak yang telah diperkatakan oleh para penganalisa mengenai masa hadapan Symbian. Ada yang berpandangan positif, tidak kurang juga yang melontarkan pendapat negatif serta ada juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

2. Walau apa pun pendapat yang dilontarkan oleh para penganalisa industri, hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi adalah, bukan mudah untuk membina sebuah sistem operasi yang kompleks dan terdiri dari 40 juta baris kod. Kalau ada pakar-pakar yang mampu melakukannya dengan konsisten, mereka yang berada dalam Yayasan Symbian sekarang inilah orangnya.

3. Baru-baru ini, di Amerika, Nokia telah mempertontonkan sebuah video yang menunjukkan antaramuka Symbian^3 yang tidak pernah dipertontonkan kepada orang awam sebelum ini.

4. Di dalam video ini, ada banyak elemen yang menunjukkan peningkatan Symbian^3 dan meletakkannya setaraf dengan sistem operasi telefon pintar moden yang lain.

5. Walaupun secara dasarnya, antaramuka Symbian^3 adalah berasaskan Symbian^1 (S60 5th Edition), tetapi dengan kreativiti dan penumpuan yang jitu, ada lebih dari 100 ciri-ciri baru serta peningkatan yang bakal menjadi sebahagian daripada Symbian^3 yang tidak pernah ada sebelum ini. Termasuklah :
- Skrin Utama pelbagai fungsi dan lebih dari satu
- Kinetic scrolling sehingga 60 FPS (Frame Per Second)
- Lebih mudah untuk mencapai internet
- Kelajuan keseluruhan sistem sehingga 3 kali ganda berbanding Symbian^1 sekarang
- Perisian bina dalam yang dibangunkan semula termasuk Messaging, Photo Gallery, Music Player, Podcasts, Pelayar Intenet.
- “Threaded Messaging” bina dalam
- Menyokong perkakasan grafik moden yang lebih berkuasa
- Data Paging membuatkan pengurusan RAM lebih efisien dan mengurangkan Out Of Memory
- Menyokong teknologi “multi-touch” dalam skrin sentuh
- Visual Multi-tasking
- Sumber terbuka sepenuhnya

6. Melihat video tersebut, secara peribadi, saya amat teruja kerana terus terang saya katakan, semua peranti Symbian yang ada di pasaran pada masa ini (March 2010), tidak menepati citarasa saya.

7. Tidak kiralah samada Nokia, Samsung, dan juga Sony Ericsson, tidak ada satu telefon pintar Symbian pun yang menarik perhatian saya pada ketika ini.

8. Secara peribadi, video Symbian^3 yang pernah saya lihat, amat mengujakan saya. Kerana saya antaramukanya adalah yang terbaik dan jauh kehadapan berbanding sistem operasi telefon pintar lain yang pernah saya lihat.

9. Apa pun, saya menanti dengan penuh kesabaran untuk memiliki telefon pintar Symbian^3 yang pertama. Dan seterusnya, menunggu dengan sabar untuk Symbian^4 yang menjanjikan pengalaman baru yang betul-betul berbeza dari Symbian^3.


Khamis, Mac 18, 2010

Pencetak Samsung


Produk terakhir yang diketengahkan adalah pencetak laser SCX-4623F pelbagai fungsi seperti mencetak, menyalin, mengimbas dan juga faks.

Model berkenaan mempunyai kelebihan memori 64 megabit (MB) menerusi peningkatan fungsi versatil pencetakan web secara terus dengan satu sentuhan mudah.

Di samping itu, ia turut menyokong aktiviti mencetak sehingga 22 muka surat sesaat (ppm).

Keunikan model itu juga ditampilkan menerusi operasi faksnya yang boleh di hantar kepada komputer secara terus dan sebaliknya.

Penampilan ciri lainnya adalah seperti sambungan USB serta capaian sokongan navigasi kompas.

Khamis, Mac 11, 2010

Rangkaian unggul Lenovo


Model G460 yang didatangkan dengan rekaan yang unik dan memudahkan pengguna.


BAGI peminat komputer riba, jenama Lenovo mungkin kurang mendapat perhatian berbanding jenama popular lain seperti Sony, Acer dan Dell. Namun, mereka pastinya akan berfikir dua kali apabila melihat dan mengetahui kelebihan produk pengkomputeran daripada syarikat tersebut.

Hadir dengan 11 model terbaru bagi komputer riba IdeaPad dan komputer meja IdeaCentre, ia pasti mampu menarik perhatian pengguna.

Lebih mengujakan, Lenovo turut memperkenalkan empat lagi produk terkini mereka semasa Pameran Antarabangsa Pengguna Elektronik (CES) baru-baru ini.

Empat produk itu adalah Ideapad S10-3t, Ideapad S10-3, Lenovo G460 dan IdeaCentre B500.

Ia merupakan hasil perkembangan gaya reka bentuk serta teknologi terbaru bagi memberi kepuasan penggunaan pada tahap maksimum.

Menurut Pengurus Negeri dan Pengguna Lenovo Malaysia, Sunny Ooi, idea menghasilkan produk terbaru merupakan langkah Lenovo menawarkan keseronokan mengikut kemahuan dan cita rasa pengguna.

"Ia merupakan pencetus kepada langkah seterusnya dalam menghasilkan produk antarabangsa yang direka mengikut kehendak pengguna," katanya.

Kesungguhan itu menunjukkan komitmen Lenovo dalam menghasilkan produk yang boleh dipercayai dan ditawarkan pada harga mampu dimiliki.

Lenovo S10-3t dan S10-3 merupakan komputer riba pertama memiliki kapasiti tablet yang boleh ditukar selain dilengkapi teknologi skrin sesentuh hujung jari.

Paparan S10-3t seluas 10.1 inci juga boleh dilipat dan dipusingkan pada sudut 180 darjah untuk membentuk tablet sesentuh bertujuan memudahkan operasi pengguna.

Ia disempurnakan dengan pemproses Intel Atom N450, cakera keras 250 gigabit (GB) dan pembesar suara stereo Dolby.

Antara kelebihan lainnya adalah aplikasi VeriFace yang merupakan sistem keselamatan perlindungan cakera keras komputer daripada sebarang masalah.

Levono IdeaPad S10-3 ditawarkan pada harga pasaran RM1,399 manakala S10-3t pada harga RM1,899.

Bagi Lenovo G460 pula, ia hadir dengan pemprosesan Intel Core dan teknologi Intel Turbo Boost bersama simpanan memori 8GB DDR3 dan keluasan simpanan cakera keras 500GB.

G460 dibangunkan dengan skrin 14 inci serta dilengkapi teknologi LED berdefinisi tinggi (HD).

Ia juga didatangkan dengan sistem sokongan grafik definisi tinggi (HD) dan sambungan HDMI untuk membolehkan pengguna menikmati kandungan multimedia tersedia.

Model berkenaan turut dilengkapi aplikasi Pengurusan Tenaga Lenovo 5.0 yang boleh memanjangkan kuasa bateri komputer dan memperlahankan bunyi kipas.

Dari segi sekuriti, model itu mempunyai Sistem Penyelamat Satu kunci untuk keselamatan dokumen dan fungsi pengecaman wajah pengguna dikenali sebagai VeriFace.

Model berkenaan boleh diperolehi dengan harga RM2,249.

Produk terakhir, penalaan televisyen binaan pula memiliki pemproses Intel Core 2 Quad yang dapat memberi kepuasan dan pengalaman hiburan maksimum.

Ia turut dimuatkan dengan paparan grafik berkuasa dan memiliki saiz memori besar iaitu 4GB DDR3 dan ruang cakera keras satu terabit (TB)

IdeaCentre B500 sememangnya menyasarkan pengguna yang menggemari permainan video dan multimedia.

Ditambah pula dengan keluasan skrin sehingga 23 inci, penalaan televisyen binaan dan pembesar suara berkualiti tinggi, pastinya tidak akan mengecewakan.

Dengan segala kelebihan tersebut, IdeaCentre B500 ditawarkan pada harga RM3,699.