Sabtu, Mac 20, 2010

Symbian^3 Semakin Menarik

1. Banyak yang telah diperkatakan oleh para penganalisa mengenai masa hadapan Symbian. Ada yang berpandangan positif, tidak kurang juga yang melontarkan pendapat negatif serta ada juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

2. Walau apa pun pendapat yang dilontarkan oleh para penganalisa industri, hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi adalah, bukan mudah untuk membina sebuah sistem operasi yang kompleks dan terdiri dari 40 juta baris kod. Kalau ada pakar-pakar yang mampu melakukannya dengan konsisten, mereka yang berada dalam Yayasan Symbian sekarang inilah orangnya.

3. Baru-baru ini, di Amerika, Nokia telah mempertontonkan sebuah video yang menunjukkan antaramuka Symbian^3 yang tidak pernah dipertontonkan kepada orang awam sebelum ini.

4. Di dalam video ini, ada banyak elemen yang menunjukkan peningkatan Symbian^3 dan meletakkannya setaraf dengan sistem operasi telefon pintar moden yang lain.

5. Walaupun secara dasarnya, antaramuka Symbian^3 adalah berasaskan Symbian^1 (S60 5th Edition), tetapi dengan kreativiti dan penumpuan yang jitu, ada lebih dari 100 ciri-ciri baru serta peningkatan yang bakal menjadi sebahagian daripada Symbian^3 yang tidak pernah ada sebelum ini. Termasuklah :
- Skrin Utama pelbagai fungsi dan lebih dari satu
- Kinetic scrolling sehingga 60 FPS (Frame Per Second)
- Lebih mudah untuk mencapai internet
- Kelajuan keseluruhan sistem sehingga 3 kali ganda berbanding Symbian^1 sekarang
- Perisian bina dalam yang dibangunkan semula termasuk Messaging, Photo Gallery, Music Player, Podcasts, Pelayar Intenet.
- “Threaded Messaging” bina dalam
- Menyokong perkakasan grafik moden yang lebih berkuasa
- Data Paging membuatkan pengurusan RAM lebih efisien dan mengurangkan Out Of Memory
- Menyokong teknologi “multi-touch” dalam skrin sentuh
- Visual Multi-tasking
- Sumber terbuka sepenuhnya

6. Melihat video tersebut, secara peribadi, saya amat teruja kerana terus terang saya katakan, semua peranti Symbian yang ada di pasaran pada masa ini (March 2010), tidak menepati citarasa saya.

7. Tidak kiralah samada Nokia, Samsung, dan juga Sony Ericsson, tidak ada satu telefon pintar Symbian pun yang menarik perhatian saya pada ketika ini.

8. Secara peribadi, video Symbian^3 yang pernah saya lihat, amat mengujakan saya. Kerana saya antaramukanya adalah yang terbaik dan jauh kehadapan berbanding sistem operasi telefon pintar lain yang pernah saya lihat.

9. Apa pun, saya menanti dengan penuh kesabaran untuk memiliki telefon pintar Symbian^3 yang pertama. Dan seterusnya, menunggu dengan sabar untuk Symbian^4 yang menjanjikan pengalaman baru yang betul-betul berbeza dari Symbian^3.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan