Rabu, Ogos 18, 2010

Nokia N8 – Nokia Messaging Email



1. Ya! Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Nokia N8 menjengah pasaran. Maklumat terbaru yang saya terima menyatakan bahawa ia akan berada dipasaran seawal hujung bulan September nanti dengan harga dalam lingkungan RM1600 – RM1800.
2. Telah banyak yang diperkatakan mengenai Nokia N8 dalam blog ini. Sehinggakan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Nokia N8 adalah peranti Symbian yang paling saya tunggu-tunggu sepanjang saya dan Adli mewujudkan Blog Symbian Malaysia ini. Anda boleh membaca pendapat kami mengenai N8 di pautan-pautan ini :
Pengalaman Membelai Nokia N8 Buat Pertama Kali
10 Perkara Hebat Mengenai N8 Yang Perlu Anda Tahu
N8 – Pengumuman Rasmi
Nokia N8 Lagi
3. Bukan apa, melihat kepada ciri dan fungsi serta rekabentuk luarannya, saya amat teruja sekali untuk memiliki Nokia N8. Ini termasuklah sistem operasi Symbian^3 yang menguasakan N8.
4. Baru sebentar tadi, saya menerima “tweet” memberi informasi berkenaan fungsi Email dalam N8. Ia adalah Nokia Messaging Email. Iaitu perkhidmatan email tolak yang disediakan oleh Nokia.
5. Ada beberapa perkara menarik mengenai perisian Nokia Messaging Email di dalam Nokia N8 ini, antaranya :
- Sokongan HTML Penuh – termasuk “pinch & zoom” dan “kinetic scrolling” di dalam email.
- Integrasi kukuh dengan sistem – termasuk sokongan ringkasan email di “home screen” sehingga 10 akaun email sekaligus.
- Antaramuka dan penalaan (setting) yang lebih ringkas dan mudah – Anda boleh mengkonfigurasikan email anda dengan lebih pantas.
- Server yang dikemaskinikan – Pelayar (server) Nokia Messaging yang dinaiktarafkan menjadi lebih berupaya dan lebih stabil.
- Pencarian alamat email secara masa sebenar (Gmail dan Hotmail) – terus dari dalam Nokia N8 walaupun alamat itu tidak berada dalam telefon N8.
- Perisian yang dipertingkatkan dan lebih effisien – Menggunakan kuasa bateri yang lebih optimum dan pindahturun lampiran dengan lebih mudah.
- Menyokong sehingga 250 email masuk didalam Inbox.
- Menyokong sehingga 10 subfolder IMAP secara otomatik
- Data email disimpan didalam pemacu yang paling besar secara otomatik. Tidak perlu risau mengenai kekurangan simpanan di dalam email.

6. Hari demi hari, semakin tidak sabar rasanya untuk memiliki Nokia N8. :-P
7. Email di dalam peranti mudah alih adalah amat penting bagi saya kerana keperluan kerja-kerja seharian saya yang banyak menggunakan email untuk berhubung dan macam-macam lagi.
8. Dengan ciri-ciri Nokia Messagin Email di dalam Nokia N8 yang begini padat serta hampir-hampir menyamai perisian email desktop, rasanya N8 nanti bukan sahaja sebuah peranti multimedia yang hebat, bahkan akan juga menjadi peranti komunikasi yang menawan dan berkemampuan.
9. Cepatlah datang wahai N8!!!


( Terjemahan oleh )



Sumber asal : http://blogs.nokia.com/messaging/index.php/2010/08/17/a-few-things-to-know-about-email-on-the-nokia-n8/



 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan