Sabtu, Oktober 30, 2010

Celcom Axiata Bhd jaja Blackberry 9800


BlackBerry Torch 9800 Features and Technical Specifications

Technical Specs and Key Features for the BlackBerry Torch 9800

Official word of the highly-anticipated BlackBerry Torch 9800 is finally here! Below you can find the tech specs and key features list for the new BlackBerry Torch 9800 Smartphone. The Torch 9800 introduces  a lot of new stuff for a BlackBerry - a new form factor, new product family name, a new camera and it debuts the BlackBerry 6 operating system. Take a look and keep it locked to CrackBerry.com for our full BlackBerry Torch Review (hopefully coming soon!).

BlackBerry Torch 9800 Specifications

Size (LxWxD)Closed: 4.4" x 2.4" x 0.57"  /  111mm x 62mm x 14.6mm
Open: 5.8" x 2.4" x 0.57" / 148mm  x 62mm x 14.6mm
Weight161.59 g / 5.7 oz (includes battery)
Operating SystemBlackBerry 6
CPU Speed624 MHz
Memory - 512 MB internal flash memory
- 4GB built-in storage memory
Expandable Memory - 4GB microSD card included
- Supports up to 32GB microSD card
Battery 1270 mAhr removable/rechargeable cryptographic lithium cell
Battery Life GSM Talk Time: 5.5 hours; GSM Standby Time: 17 days
UMTS Talk Time: 5.8 hours; UMTS Standby Time: 13 days
Audio Playback: 29.8 hrs
Video Playback: 6 hrs
KeyboardPhysical keyboard: 35 key backlit QWERTY
Touchscreen keyboards: portrait/landscape full qwerty, condensed portrait
DisplayHigh resolution touch scree
Half-VGA+ display (360 x 480 at 188ppi)
3.2" (diagonally measured)
Navigation- Capacitive traditional touch screen (no SurePress)
- Optical trackpad 
Camera 5.0 MP camera, flash, auto focus, face detection, image stabilization, scene modes, 2X zoom, video recording
Video CameraNormal Mode: 640 x 480 pixels
MMS Mode: 176 x 144 pixels
Voice Input/OutputIntegrated speaker and microphone, hands-free headset
capable, Bluetooth headset capable, integrated hands-free speakerphone
GPS Integrated GPS with A-GPS (assisted GPS) ready
Media PlayerVideo format support: MPEG4, H.263, MPEG4 Part 2 Simple Profile H.264, WMV
Audio format support: MP3, AAC, AAC+, eAAC+, WMA, FLAC, OGG
Ringtone format support: 32 polyphonic - MIDI, SP-MDI, MP3, WAV
WiFiWi-Fi Band: 802.11b/g/n, support for UMA (carrier-dependent) 
Bluetooth Bluetooth v2.1; Mono/Stereo Headset, Hands-free, Serial Port Profile, Bluetooth Stereo Audio (A2DP/AVCRP) and Bluetooth SIM Access Profile supported
Headset 3.5mm stereo headset capable
Network SKU1 UMTS: 2100/1900/850/800 MHz (Bands 1,2,5/6)
SKU2 UMTS: 2100/1900/900 MHz (Bands 1,2,8)
GSM/GPRS/EDGE: 850/900/1800/1900MHz GSM/GPRS networks





Inilah model telefon Blackberry yang dijaja oleh Celcom............


Celcom sasar jual 10,000 Blackberry Torch akhir tahun

29/10/2010 8:15pm

KUALA LUMPUR 29 0kt. – Celcom Axiata Bhd menyasarkan menjual 10,000 unit BlackBerry Torch 9800 baharu menjelang akhir tahun.
Syarikat itu menjangkakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran BlackBerry dengan menjadi penyedia pertama menawarkan BlackBerry Torch 9800 dalam pasaran Malaysia.
"Sebagai peneraju pasaran BlackBerry di Malaysia, Celcom sentiasa memperkenal produk baharu dan menarik bagi memastikan para pelanggan kami dapat menikmati mobiliti dan manfaat perhubungan telefon pintar BlackBerry,” kata Ketua Pegawai Pemasaran, Chee Pok Jin, kepada pemberita semasa pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.
"Pada masa ini, para pengguna BlackBerry Celcom sudah mencecah lebih 100,000 di seluruh negara dan angka itu bersamaan dengan 51 peratus bahagian pasaran dalam segmen Blackberry. Kami yakin angka itu akan meningkat menjelang akhir tahun,” katanya.
Sempena pelancaran itu, Celcom menawarkan 10 pelanggan pertamanya keistimewaan membeli BlackBerry Torch 9800 pada harga RM8, 100 pelanggan seterusnya pada harga RM488 dan 100 pelanggan berikutnya pada harga RM888.
Pada harga runcit RM2,500, telefon pintar itu boleh dibeli di seluruh negara mulai 3 November di Blue Cube terpilih. – Bernama

Isnin, Oktober 25, 2010

Trend tablet digital mobiliti




SKRIN bersaiz 9.5 inci pada komputer tablet iPad bakal memberi pengalaman paparan lebih jelas dan luas.



DI kalangan pengguna dan penggemar produk pengkomputeran, mereka lebih senang memanggilnya sebagai tablet PC. Semudah sebutannya, begitu jugalah ringkasnya reka bentuk dan binaan gajet dalam kategori komputer yang dikenali sebagai komputer tablet mudah alih ini.

Nama tablet sahaja sudah menggambarkan saiznya yang kompak, ringan, nipis dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Namun dari sudut spesifikasi, ia masih mengekalkan ciri cemerlang dan sofistikated sama seperti sebuah komputer.
Malah, operasinya juga semakin dipertingkatkan menerusi penambahan beberapa fungsi canggih merangkumi perkhidmatan komunikasi, hiburan dan multimedia.

Pendek kata, kehadiran peranti ini bakal menawarkan khidmat lengkap dan menyeluruh sebagai sebuah komputer riba, kamera, telefon bimbit dan sebagainya.
Menerusi hanya satu peranti, pengguna akan dapat melayari Internet, memeriksa e-mel, mengambil foto, membuat panggilan suara dan video, menyimpan data dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya, permulaan era baru bagi produk media elektronik pintar ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pengguna.

Ada yang bertanya, adakah kemunculan komputer tablet itu mampu membawa perubahan dalam arena perkakasan elektronik berteknologi tinggi.

Ini kerana, sebagai pengguna, mereka sentiasa mencari gajet mudah alih yang dapat membantu melaksanakan segala tugasan secara mobiliti.

Sesuatu yang unik mengenai komputer tablet, ia ditampilkan dengan fungsi skrin sesentuh mudah untuk capaian pantas kepada pelbagai aplikasi.

Kelebihan itu menjadikan penggunaannya lebih ringkas tanpa perlu bergantung kepada peranti tetikus atau papan kekunci seperti pada komputer riba.

Keunggulannya pula disokong oleh sistem operasi yang mantap, akses Wi-Fi, capaian 3G, paparan layar luas berdefinisi tinggi (HD) serta pelbagai lagi

Di seluruh dunia, cetusan evolusi yang dibawa oleh komputer tablet berjaya menarik perhatian ramai pengguna produk gajet digital.

Di Malaysia sendiri, gelombang teknologi ini sememangnya telah lama dirasakan cuma menantikan saat kemunculannya di pasaran negara.

Dari sudut pengeluar pula, banyak syarikat elektronik berlumba-lumba menghasilkan komputer tablet dengan ciri terbaik.

Pada masa sekarang hanya terdapat beberapa syarikat seperti Samsung, Apple dan BlackBerry telah mengumumkan gajet komputer tablet keluaran mereka.

Tidak mustahil selepas ini lebih banyak pengeluar produk media digital akan memperkenalkan komputer tablet dengan spesifikasi dan rekaan lebih unggul.

Cuma apa yang penting, pengguna perlu tahu membuat keputusan memilih produk yang betul dan selesa mengikut keperluan masing-masing.






Isnin, Oktober 18, 2010

Televisyen hibrid pertama di dunia



Pengasas dan Presiden Sezmi, Phil Weiser memberikan penerangan mengenai televisyen hibrid di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Hampir semua individu 'wajib' mempunyai televisyen, telefon bimbit dan komputer sama ada komputer meja atau komputer riba tetapi masalahnya kita tidak boleh menggunakannya secara serentak.

Jawapannya ada pada televisyen hibrid yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Justeru YTL Communications Sdn. Bhd. telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan dan Lesen dengan pereka televisyen generasi akan datang, Sezmi Corporation baru-baru ini.

Perjanjian berkenaan memberikan YTL Communications hak menyusun atur perkhidmatan televisyen hibrid di negara ini dan Asia Pasifik serta menjadikan negara sebagai pemimpin operasi hub bagi media digital dan penyiaran televisyen di rantau ini.

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia melancarkan perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar akhir tahun depan.
Televisyen hibrid bakal membawa kandungan penyiaran dan Internet terbaik dalam peralatan yang sama menerusi rangkaian tanpa wayar bagi memberikan pelanggan yang terbaik dengan Sezmi sebagai rakan kongsi.
Kini ia telah dikomersialkan di Amerika Syarikat (AS), salah satu pasaran terbesar dunia bagi teknologi dan perkhidmatan berkenaan.

Pengarah Urusan YTL Corporations Berhad dan Pengerusi Eksekutif YTL Communications, Tan Sri Dr. Francis Yeoh berkata, pihaknya teruja untuk membawa faedah dan perubahan positif dalam kehidupan kepada rakyat negara ini.
"Ini merupakan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu membangunkan negara dengan pendapatan tinggi," katanya pada majlis prapelancaran perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar pertama di dunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr. Francis berkata, pihaknya berharap dapat membawa Lembah Silikon ke s ini dengan perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar dan yakin Sezmi akan menjadi rakan kongsi terbaik dan merealisasikannya.
"Bersama-sama Sezmi, kami akan memberikan rantau Asia pengalaman hiburan dengan membawa pengalaman televisyen dan Internet terbaik dalam satu kotak.
"Ini akan memberikan inspirasi rakyat negara ini untuk menerima Internet pada kelajuan tinggi selaras dengan inisiatif kerajaan dalam program Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBBI)," katanya.
Menerusi perkongsian berkenaan YTL Communications merancang mengubah Malaysia kepada negara fully converged wireless quadruple play pertama dan akan menjadikan negara tanpa wayar termaju di dunia.

Perkhidmatan yang dibawa oleh YTL dan Sezmi memerlukan peralatan, perkakas, kandungan dan aplikasi baru yang akan dibangunkan dan dibuat di negara ini dan memberikan peluang pekerjaan bagi bidang kreatif , profesional dan teknikal yang menjana pendapatan lebih tinggi.
"Apabila kami melancarkan perkhidmatan Internet mudah alih 4G bulan depan, ia merupakan sesuatu yang sangat memberangsangkan.

"Kami akan memberikan Malaysia perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dual-play dan suara pada rangkaian 4G tetapi ini hanyalah permulaan dan akan terus berkembang bagi memberikan pengalaman terbaik bagi pelanggan 4G selain perubahan besar kepada negara ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Sezmi Corporation, Buno Pati berkata, dalam negara membangun televisyen lebih signifikan berbanding dengan komputer.

"Ini merupakan cara terbaik bagi menyalurkan jalur lebar kepada setiap individu menerusi skrin televisyen yang disambungkan kepada rangkaian tanpa wayar yang dapat membawa kandungan HD berkualiti tinggi dan Internet bersama-sama," katanya.

Rabu, Oktober 13, 2010

Komputer teknologi audio





Sebagai pelanggan kita tentu mahu sesuatu yang berbeza dan lebih baik daripada produk-produk yang dihasilkan sebelumnya.

Justeru, syarikat pengeluar komputer terkemuka HP melancarkan rangkaian komputer riba dan netbook bagi memenuhi keperluan pelanggannya.

Pengarah Jualan, Jualan Komersial Kumpulan Sistem Peribadi HP (M) Sdn. Bhd., K.T. Ong berkata, bagi rangkaian terbaru itu pengguna boleh memilih komputer bimbit yang sesuai untuk keperluan masing-masing.

Penggemar muzik boleh memilih HP Envy Beats Edition yang direka khusus bagi teknologi audio.
Komputer bimbit edisi khas itu mempunyai Beat Audio, teknologi tinggi yang unik dibangunkan khusus bagi HP dan Beats oleh Dr. Dre.

"Ini bagi memberikan pengalaman yang optimum kepada pelanggan apabila mendengar muzik menerusi fon kepala atau pembesar suara luaran," katanya semasa majlis pelancaran HP dan Microsoft di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam rekaan aluminium yang menarik, HP Envy Beats Edition kekal dengan rekaan bergayaBeats Audio hitam dan merah termasuk papan kekunci dengan lampu latar merah dan tiga kertas dinding bertemakan Beats.

Bagi mereka tidak gemar membawa komputer bimbit yang berat, HP menawarkan model netbook terkini yang bergaya.
HP Mini 210 boleh didapati dengan empat warna menarik crimson redluminous roseocean drive dan charcoal.
"Lebih menarik HP Mini 210 memberikan kepuasan berkomputer seharian dengan hayat bateri sehingga 10.75 jam menggunakan enam biji bateri," katanya.

Mempunyai ketebalan hanya 1 inci dan berat 1.26 kilogram (kg) datang dengan pilihan HD main semula video.
Direka khusus bagi pelanggan yang mahu terus berhubung melayari Internet, memeriksa emel, mendengar muzik dan mendapat akses kepada kawan, keluarga atau maklumat dalam perjalanan.

HP Mini 2010 juga didatangkan dengan WLAN bina dalam, webcam, mikrofon serta papan kekunci gaya pula yang lebar dan mudah dikendalikan.

Menggunakan pemprosesan Intel Dual-Core terkini Atom N550 selain Atom N455 dan N475 yang kesemuanya menyokong memori DDR3.

Paparan HD diagonal 10.1 inci dan Broadcom Crystal HD Enchanced Acceleratormembolehkan main semula kandungan HD dan permainan video daripada laman sesawang popular, membolehkan pengguna mengalami sendiri pengalaman terbaru yang menakjubkan.

Perisian multimedia terkini HP Mini 210 dengan HP Media Suite menyediakan satu lokasi bagi memudahkan kerja menyusun, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia seperti muzik, foto dan video serta membolehkan pengguna membuat pencarian yang cepat dan tepat.