Khamis, Disember 03, 2009

Teknologi mobiliti untuk profesional


SK Wong (kiri) bersama Pengarah Urusan SiS Distribution (M) Sdn. Bhd., Frank Teh pada pelancaran HTC HD2 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TIDAK pernah jemu menghasilkan produk komunikasi mobiliti terbaik, HTC Corporation (HTC) terus unggul sebagai pengeluar telefon bimbit pintar yang sentiasa mementingkan kehendak pengguna.

Untuk tujuan itu, syarikat tersebut baru-baru ini telah menampilkan model terkininya, HTC HD2 dengan tawaran pelbagai fungsi menarik.

Apa yang unik, ia merupakan telefon bimbit dengan platform Windows yang pertama didatangkan bersama teknologi HTC Sense untuk kecemerlangan kuasa termaju dan fleksibel.

Implementasi teknologi canggih itu secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kualiti produk berkenaan dari segi inovasi, rekaan dan mudah untuk digunakan.

Menurut Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong, HTC HD2 menggabungkan fungsi yang lebih natural dan bersifat personal.

''Ia memberi dimensi baru dalam aktiviti komunikasi dengan menyeimbangkan antara tugasan dan permainan multimedia,'' katanya pada pelancaran telefon bimbit itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dipacu menggunakan pemproses mobiliti Qualcomm Snapdragon 1Ghz, ia bakal meningkatkan prestasi dan kelajuan aplikasi, permainan, video dan sebagainya.

Menerusi tawaran layar sentuh berkeluasan 4.3 inci, pengguna bakal menikmati paparan yang lebih jelas dengan kelebihan fungsi pemfokusan dan penentuan saiz hanya menggunakan hujung jari.

Bagi perkhidmatan e-mel pula, HTC HD2 disempurnakan bersama platform Windows Mobile 6.5 yang memberi kemudahan pengurusan pelbagai akaun e-mel secara serentak melalui penyelarasan Microsoft Exchange.

Pengguna yang menggemari aktiviti bergambar pastinya akan berpuas hati dengan kehadiran kamera pemfokusan automatik lima megapiksel yang dikombinasikan bersama lampu flash LED berkembar.

Tidak cukup dengan itu, ia juga boleh bertindak sebagai medium akses kepada sambungan Wi-Fi dengan capaian rangkaian sehingga 3.5G.

Kelebihan lain yang ditampilkan adalah seperti set peralatan penggunaan di dalam kenderaan untuk pengalaman navigasi ketika pemanduan yang lebih mesra pengguna.

Selain itu, telefon bimbit pintar itu turut dilengkapi perkhidmatan My Phone sebagai sistem sokongan data, foto, muzik, nombor telefon dan mesej kepada lama web khas secara percuma.

HTC HD2 kini boleh diperoleh daripada pengedar yang sah dengan tawaran harga RM2,899 bersama kad memori microSD lapan gigabait (GB).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan