Jumaat, Julai 02, 2010
Apa itu Symbian^3
1. Sudah tentu, saya amat teringin untuk mencuba dan merasa sendiri perbezaan dan peningkatan yang telah dibuat dalam Symbian^3. Ini kerana saya percaya Symbian^3 telah menjalani proses penaiktarafan yang bukan sedikit semenjak dijadikan sistem sumber terbuka.
2.Saya tidak mengharapkan untuk melihat satu antaramuka yang betul-betul berlainan dan baru. Cukuplah saya nyatakan disini bahawa saya tahu yang Symbian^3 tidak dibina keseluruhannya dari asas. Saya tahu yang ia memiliki elemen-elemen Symbian^1. Saya datang dengan fikiran terbuka dan mengharap Symbian^3 nanti bakal menjadi seperti yang dijanjikan.
3. Dari segi rupa luaran, ia masih kelihatan seperti Symbian^1 tetapi ada beberapa perkara yang telah diubah serta dipertingkatkan. Paling ketara sekali ialah apabila digunakan dalam keadaan melintang (landscape), “Softkeys” dan “Status bar (missed calls, messages, etc)” kini berada di bahagian bawah skrin. Kalau sebelum ini, di Symbian^1 ia berada disebelah kanan skrin (kelihatan buruk dengan butang yang besar-besar). Kini tidak lagi.
4. Butang-butang softkeys dalam keadaan melintang di sebelah kanan skrin, kini lebih kecil dan tidak mengganggu pemandangan. Memberikan ruang yang lebih luas untuk perisian memaparkan data.
5. Pada paparan Menu Perisian pula, terdapat 2 baris ikon untuk memilih perisian. Ikon-ikon lebih besar dan lebih mudah dipilih. “Softkeys” juga berada di bahagian bawah skrin. Dalam Symbian^1, ada 3 baris ikon dan “softkeys” di sebelah kanan.
6. Visual multitasking amat mudah digunakan dan memberi gambaran tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam telefon pintar Nokia N8. Multitasking dalam Nokia N8 amat lancar serta memberi satu dimensi baru dalam menikmati peranti Symbian. Tapi, macam mana nak tutup banyak “running programs” sekaligus aaa? Tau camna?
7. Homescreen. Sebenarnya saya kurang meminati konsep “Multiple Homescreen” ini kerana penggunaan peranti akan menjadi lebih kompleks dan lebih banyak interaksi diperlukan untuk mengakses sesuatu fungsi. Baik Android mahupun Bada (yang pernah saya cuba), agak sukar dan lambat untuk mengakses maklumat yang tidak dipaparkan di atas Homescreen. Walaubagaimanapun, mungkin saya seorang sahaja yang tidak suka konsep ini. Homescreen Nokia N8 memiliki fungsi untuk memaparkan jalan pintas kepada perisian, senarai kenalan, email, RSS, pesanan segera, SMS serta banyak lagi. Kebanyakan pengguna telefon pintar tidak meng”explore” semua fungsi telefon pintar mereka dan hanya menggunakan apa yang mereka nampak di Homescreen. Jadi, ini adalah satu cara yang mudah untuk memberi fungsi yang lebih kepada pengguna.
8. Single click direct interaction. Semua fungsi dan Menu dalam Nokia N8 boleh diakses dengan satu klik. Dalam Symbian^1, anda perlukan 2 klik untuk mengakses pilihan. Kini tidak. Saya dapati, dengan “direct interaction”, navigasi menjadi lebih mudah dan segalanya lebih responsif. Sekali tekan je terus bukak. Memang senang.
9. Tap and hold. Apabila kita ingin mengakses sesuatu fungsi kepada data yang kita lihat seperti sebuah foto dalam senarai atau satu email dalam senarai kita boleh tekan data tu, jangan lepas, tunggu kejap, dan akan dipaparkan satu Menu pop-up yang memiliki fungsi asas untuk anda berinteraksi dengan data anda seperti Copy, Paste, Cut, Delete, Move dan sebagainya. Bayangkan macam menggunakan klik butang kanan pada tetikus komputer.
10. Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan dengan anda. Tetapi, sebagai seorang manusia yang bertamaddun, saya rasa biarlah saya simpan dulu maklumat-maklumat berkenaan Nokia N8 buat masa ini. Saya rasa tidak perlulah saya menceritakan semua bende mengenai Nokia N8 dan Symbian^3 sekarang kerana apabila ia belum lagi berada dipasaran. “Potong steam” lah kan?….
11. Kita tunggu Nokia N8 masuk pasaran, dengan firmware yang dah siap dan sedia untuk digunakan, tidak ada maknanya sekiranya saya ceritakan segala-galanya dan apabila dikeluarkan nanti, banyak perubahan yang dilakukan.
12. Cukuplah saya katakan disini bahawa [b]saya amat BERPUAS HATI dan SELESA dengan perubahan dalaman dan peningkatan kosmetik yang dilakukan terhadap Symbian^3[/b]. Dengan kepantasan yang jauh lebih laju dari Symbian^1, serta antaramuka yang dipertingkatkan, saya yakin Symbian^3 bakal melakar sejarah bukan sahaja sebagai sistem operasi Symbian yang pertama yang betul-betul sumber terbuka, tetapi juga sebagai sistem operasi yang memberi kuasa kepada telefon pintar Nokia yang paling berkuasa dari segi multimedia, N8.
13. Kita tunggu Nokia N8 datang…. (di petik dari blog Symbian KU)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan