Rabu, Julai 14, 2010

Komputer 1Malaysia dan transformasi pos dilancar

 

KOTA KINABALU 14 Julai - Satu majlis pelancaran komputer 1Malaysia dan pelan transformasi perkhidmatan pos peringkat negeri Sabah akan diadakan di Dewan Terbuka Karakit, Pulau Banggi, bahagian pantai utara Sabah esok, yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Azizan Din berkata, program anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pos Malaysia Berhad itu akan menyaksikan beberapa kampung di Pulau Banggi dibekalkan dengan kemudahan WiFi.
Beliau berkata program itu akan membolehkan penduduk, terutama kalangan pelajar di kawasan berkenaan, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan dunia luar menerusi internet.
Katanya selain penyampaian sumbangan komputer 1Malaysia kepada pelajar, program itu turut menyaksikan pelantikan wakil pos dan posmen komuniti di pulau berkenaan.
"Sebelum ini wakil atau perkhidmatan pos juga tidak ada di pulau ini, dan kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan nanti pasti akan mengubah lanskap Pulau Banggi terutama daripada segi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan