Jumaat, Februari 11, 2011

eAlim, gajet Islam tempatan




New Products





Maka dunia Islam, baik di peringkat dunia mahupun tempatan harus menyokong usaha yang dilakukan oleh Syarikat Enmac Technology (M) Sdn. Bhd. sejak tahun 2002 yang bernaung melalui moto syarikat iaitu The World Leader in Islamic Digital Product. ternyata mereka benar-benar menjadi pemimpin!


Pengarah Urusannya, Mohamed Azam Aziz Mohammed 31, berkata, sehingga kini mereka berjaya menghasilkan 24 model al-Quran digital, dua telefon bimbit al-Quran.


Malah, beberapa lagi gajet Islam yang terbaru dan antara yang terbaru adalah seperti iPad skrin sentuh bersaiz 7 inci dikenali sebagai eAlim akan turut dilahirkan.


Fenomena kegilaan iPad pada hari ini bertambah hebat dengan eAlim ini yang pertama di dunia bercirikan Islam.


Mengandungi pelbagai keistimewaan, antaranya mengandungi 30 juz al-Quran yang diperdengarkan oleh tujuh qari ternama dunia.


Anda boleh menikmati keindahan tanpa tolok bandingnya bacaan ayat-ayat suci itu dari Sheikh Meshari Al-Afaasi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Sheikh Muhammad bin Maher Al Moa’qily, Sheikh Saad Al-Ghamidi, Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Hudhaify, Sheikh Ahmad Al-Ajmi, Sheikh Waheed Zafar Qasmi) dan Sheikh Muhammad Ayoub.


Dibangunkan sendiri perisiannya oleh pasukan yang terdiri anak-anak tempatan dalam Enmac, eAlim benar-benar satu revolusi terkini (dilancarkan pada Oktober 2009) digital yang wajib dimiliki kerana syarikat ini benar-benar memenuhi tanggungjawab dakwah mereka dengan menawarkan iPad dengan harga hanya RM1,200 sahaja.


Mungkin ada yang mengaitkan harga itu adalah ‘setanding’ kualiti produk buatan China. Dalam hal ini kata Azam, kesemua pembuatan gajet Enmac termasuk eAlim, dilakukan di Pusat Penyelidikan mereka di Bentong, Pahang.


“Kecuali papan pemacu utama (pcb) dan kad keselamatan digital dibuat di Korea, maka kualitinya boleh menandingi mana-mana jenama produk ternama atau sebenarnya adalah lebih baik lagi,” katanya.


Lebih lanjut mengenai produk-produk gajet keluaran ENMAC boleh didapati dilaman web mereka iaitu www.enmac.my atau menghubungi talian; 03-41473144.



- An Islamic Electronic Book
- A complete Islamic Encyclopedia
- Complete Holy Qur'an in voices of 7 famous Reciters
- Qur'an Translation in 36 Languages
- Prayer timngs & Qibla Direction features
- 7" TFT Touch Screen LCD display
- Hi-Definition Audio with built-in speakers

Tiada ulasan:

Catat Ulasan