Selasa, Mac 01, 2011

HTC Inspire 4G.

TIDAK banyak yang perlu diperjelaskan lagi tentang kecemerlangan dan keunikan produk-produk telefon bimbit pintar keluaran syarikat inovasi HTC Corporation (HTC).

Selain rekaan yang eksklusif dan fungsi komunikasi tanpa batasan, kesemua model telefon selular HTC menawarkan pengalaman perkhidmatan mobiliti terbaik.

Melengkapkan portfolio telefon bimbit berteknologi tinggi keluaran syarikat itu, HTC baru-baru ini memperkenalkan pula model terkini HTC Inspire 4G.

Hadir bersama kelebihan skrin beresolusi WVGA 4.3 inci dan fungsi pemfokusan di hujung jari, ia pasti menawarkan kepuasan paparan tidak kira untuk tujuan komunikasi mahu pun ketika memanfaatkan aplikasi multimedia.

Dari sudut teknikal, model itu dipacu menggunakan pemproses Qualcomm QSD8255, 1GHz Snapdragon dan disokong sistem operasi Android 2.2 (Froyo) bersama HTC Sense.

Dengan kelebihan HTC Sense, tugasan anda untuk menyemak e-mel, mengemaskini status laman web rangkaian sosial, menghantar mesej dan membuat panggilan telefon boleh diakses secara terus daripada senarai rakan.

Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan bersama aplikasi HTC Friend Stream untuk kemudahan paparan semua aktiviti rangkaian sosial dengan lebih mudah.

Untuk fungsi pengimejan, ia disempurnakan bersama kamera pemfokusan auto dengan kelebihan resolusi lapan megapiksel, lampu flash LED, aplikasi pengeditan foto, rakaman video definisi tinggi (HD) 720p dan aplikasi muat naik imej ke laman-laman web terpilih secara terus.

Selain itu, pengguna HTC Inspire 4G turut ditawarkan dengan ruang storan binaan dalam empat gigabit (GB) selain sokongan kad memori microSD sehingga lapan GB.

Bagi kemudahan navigasi, model tersebut dilengkapi aplikasi sistem penentu kedudukan global terbantu (A-GPS).

1 ulasan:

  1. wow...HTC memang produk yang sempurna sekali..
    apa ini sudah sampai di surabaya gan??
    saya ingin melihatnya lebih dekat...

    BalasPadam