Jumaat, November 26, 2010

Nokia E7-00 berserta buku panduan


Nokia E7 Hands-on




1. Dalam majlis Nokia World 2010 yang dianjurkan di London pada 14hb September 2010 yang lalu (hari Selasa), Nokia secara rasminya telah mengumumkan beberapa buah peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi Symbian^3 termasuklah model E7-00 iaitu sebuah telefon pintar generasi baru yang digelar sebagai “Communicator” generasi baru.
2. Melihat rekabentuknya yang seakan-akan model Nokia N8, kita dapat saksikan disini bahawa Nokia telah menggunapakai falsafah rekabentuk baru kerana rupa E7-00 saling tidak tumpah seperti N8 dengan ditambah papan kekunci QWERTY serta butang “Menu” yang diletakkan di bahagian tengah berbanding dengan N8 di sebelah tepi bahagian bawah skrin.
3. Para pembaca setia Blog Symbian Malaysia sudah tentu pernah membaca berita mengenai sebuah prototaip, dan ia kini telah diumumkan secara rasmi sebagai E7-00.
4. Antara kelebihan E7-00 yang paling ketara ialah skrinnya yang bersaiz 4 inci serta menggunakan teknologi AMOLED. Nokia juga meletakkan kepercayaan terhadap satu teknologi skrin baru yang dipanggil “Clear Black Display (CBD)” untuk membolehkan paparan skrin E7-00 jelas dan terang walaupun berada dibawah sinar terik mentari.

5. Papan QWERTY 4 barisnya juga satu keperluan yang amat berguna serta satu ciri tradisi keluarga Nokia Communicator selama ini. Dengan paduan skrin sentuh 4 inci serta papan QWERTY yang selesa digunakan, E7-00 bakal menjadi satu peranti premium untuk pengguna-pengguna yang mementingkan kecanggihan serta keanggunan.

6. Sekilas langsung, berikut adalah spesifikasi ringkas Nokia E7-00 :
- Dikuasakan oleh sistem operasi Symbian^3
- Memiliki storan dalaman 16GB
- Skrinnya menggunakan teknologi AMOLED serta “capacitive” dan untuk kali pertama dalam sejarah Nokia, ia juga menggunapakai teknologi CBD (Clear Black Display).
- Skrinnya juga agak besar, iaitu sebesar 4 inci dan mampu memaparkan 16 juta warna
- Kompas (magnenometer)
- Badan diperbuat dari aluminium (anodised aluminium), sama seperti Nokia N8.
- Keyboard QWERTY 4 baris menggelongsor (seperti N97 & N97 mini)
- Bluetooth 3.0
- HDMI
- Lubang 3.5mm untuk Audio dan Video (ada TV-Out)
- USB On The Go
- GPS dan aGPS
- FM Radio
- WiFi, GPRS, EDGE, 3G, HSDPA, HSUPA
*** Sila rujuk di laman Nokia Malaysia untuk spesifikasi penuh.

7. Berikut pula dimaklumkan beberapa perkara yang agak kurang syiok berkenaan E7-00 :
- Tiada slot microSD
- Kamera hanya 8 megapiksel
- Tiada lampu flash Xenon
- Tiada lensa Carl Zeiss
- Tiada FM Transmitter (FM Transmitter amat penting untuk mendengar audio kegemaran di dalam kereta, seperti podcast atau album Helloween terbaru!)
- Rekabentuk papan kekuncinya memang menarik, tetapi dengan sisi tepinya yang agak terkeluar, saya rasa agak kekok juga untuk digunakan nanti.
- Baterinya hanya berkapasiti 1200 mAH dan diletakkan didalam badan E7-00. Agak payah untuk dikeluarkan. Sepatutnya, untuk sebuah model Communicator, ia hendaklah menggunakan bateri yang lebih besar kapasitinya iaitu sekurang-kurangnya 1500 mAH seperti Nokia 9500 dan juga E90.
- Walaupun skrinnya bersaiz 4 inci dan boleh dikatakan agak besar, tetapi resolusinya hanyalah nHD (640 x 360), sama seperti N8. Sepatutnya ia boleh dijadikan resolusi tinggi iaitu 800 x 480 seperti Nokia N900.


8. Nokia E7-00 dirancang akan berada dipasaran seawal penghujung suku ke-4 tahun 2010. Mungkin dalam bulan Disember 2010.
9. Harga anggarannya ialah sekitar RM2199 apabila berada dipasaran kelak. Ini hanya harga anggaran. Harga sebenarnya hanya akan diketahui nanti apabila ia sudah dikeluarkan dipasaran.





Apa sebenarnya kekuatan bala tentera Symbian^3 ini?

Cuba lihat sendiri kemudahan yang disertakan dan bandingkan pula dengan Android dan iOS:

  1. Boleh disambungkan terus kepada pemacu mudah-alih USB seperti ‘pendrive/usb-disk’ dan pemacu cakera keras (Hard-disk). Setelah disambungkan, pengguna bebas untuk memindahkan fail dari telefon ke ‘pendrive/harddisk’ dan sebaliknya

  2. Boleh disambungkan terus kepada televisyen definisi tinggi (HD) pada nisbah 16:9 (wide) dengan port HDMI yang terbina pada telefon.
  1. Siap dengan kejuruteraan bunyi ‘Dolby-Digital’ dan menyokong siaran 5.1 pada sistem pembesar suara (stereo-system) sepertimana pengalaman anda menonton wayang gambar di pawagam.
  1. Sistem Operasi yang telah dipermajukan dan sangat efisien menggunakan kuasa bateri. Kuasa bateri boleh mencecah hari ke-3 dalam penggunaan biasa dengan satu kali cas sahaja.

  2. Laman web dan blog yang menggunakan teknologi Adobe Flash 10 dapat dilayari dengan penuh pada pelayar web yang terbina dalam Symbian^3! Ini bermakna Youtube, Vimeo, MegaVideo dan lain-lain laman web berteknologi flash boleh dinikmati pada skrin telefon tanpa mengharapkan laptop anda.

  3. Menggunakan skrin piawai pada nisbah 16:9 WideScreen sejak Symbian^1 lagi. Ini menyebabkan video berdefinisi tinggi dapat dimainkan dengan tajam dan dipaparkan dalam skrin penuh.





Dentuman multimedia Edifier




SISTEM audio ini direka khas untuk memberi kepuasan permainan video, mendengar muzik dan menonton video.


PERKEMBANGAN teknologi membuatkan semakin ramai pengguna Internet menghabiskan masa di depan komputer untuk mendapatkan maklumat dan hiburan dari pelbagai saluran yang ada.
Bagi yang mementingkan kepuasan, mendengar muzik atau menonton video pastinya tidak lengkap tanpa set multimedia yang baik. Satu daripada aksesori komputer terpenting pada masa kini adalah pembesar suara.
Dipadankan dengan teknologi audio dan video bina dalam (yang ada pada komputer), pembesar suara yang baik mampu memberikan pengalaman multimedia yang mengasyikkan. Perbandingannya mungkin seperti menonton televisyen biasa dengan menonton melalui set tayangan rumah (home theater).
Namun untuk mendapatkan sistem audio yang memuaskan hati bukan sesuatu yang mudah kerana beberapa kriteria perlu dipertimbangkan, apatah lagi dengan himpunan jenama yang semakin berlambak di pasaran.
Edifier, jenama pembesar suara multimedia antarabangsa merupakan antara yang popular dan dipercayai di negara ini. Ia menawarkan pelbagai kategori produk yang menjamin kepuasan bunyi kepada penggemar muzik, permainan video dan filem.
WOW! kali ini memilih dua produk kegemaran jenama itu yang mempunyai penyampaian audio jelas dan muktamad. Bagi yang masih mencari-cari pelengkap set multimedia di rumah, Edifier S550 dan IF 360 mungkin berbaloi untuk dicuba.
Edifier S550
PEMBESAR suara lima saluran (5.1) berkuasa 280 watt dengan subwoofer berukuran 10 inci ini menawarkan pengalaman bunyi keliling hebat yang pasti mengurangkan waktu tidur penggemar permainan video atau filem.
Ia merupakan antara model terbaik di antara model-model MediaPro keluaran Edifier. Sistem audio dengan subwoofer gergasi bersama lima pembesar suara satelit ini direka untuk keselesaan semua peringkat pendengaran.
Satu daripada kelebihan pembesar suara berteknologi radiator pasif bunyi ini adalah penghasilan kesan bunyi yang jelas dan tepat pada apa sahaja jenis muzik dan peringkat kederasan bunyi. Dengan reka bentuk gergasi seperti itu, ia semestinya cukup untuk menggegarkan seluruh isi rumah pada kederasan maksimum.
Jaminan ketahanan dan kualiti pembinaan produk ini adalah kotak-kotak pembesar suara yang dibina menggunakan kayu MDF. Selain menghasilkan bunyi yang berkuali tinggi, ia juga mengurangkan kesan getaran pada permukaan yang merimaskan telinga.
Berbeza dengan kebanyakan sistem yang menghasilkan dentuman bass secara berlebihan, keseimbangan bunyi bass dan treble yang diadun pakar audio Phil Jones menghasilkan bunyi yang tepat dan seimbang. Begitu juga pada penyelerasan stereo untuk kepuasan pendengar muzik.
Selain dipermudah dengan kabel penyambungan kotak pembesar suara satelit yang panjang untuk mendapatkan kesan bunyi sinemati, kawalan turut dipermudah dengan dua fungsi kawalan iaitu panel kawalan pelbagai fungsi dan alat kawalan tanpa wayar.
Panel kawalan pelbagai fungsi yang dilengkapi penyelarasan digital seperti kawalan bunyi, bass, treble, 5.1 dan stereo dipaparkan pada skrin LCD 2.5 yang disambung pada subwoofer manakala alat kawalan jarak jauh disediakan untuk mengawal sebahagian fungsi yang sama.
Meskipun tidak menyokong teknologi bunyi keliling terkemuka seperti Dolby Digital II dan EAX, penggunaan kad bunyi yang menyokong fungsi (5.1) cukup untuk memberi kepuasan audio sebenar khususnya di dalam bilik bersaiz kecil dan sederhana.
HARGA: RM1,299






Rabu, November 24, 2010

Hanya guna e-mel untuk Mencetak



Antara pencetak HP yang dilancar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KADANG-KALA menukar pencetak ke komputer lain merupakan tugas yang remeh kerana memerlukan pemacu untuk mengubah dari satu komputer ke komputer yang lain.

Kini pengeluar mesin pencetak utama Hewlett Packard (M) Sdn Bhd (HP) melancarkan beberapa siri mesin pencetak meliputi OfficeJet, LaserJet dan DesignJet.

Pencetak berkenaan memberikan pelanggan memilih pencetak yang sesuai dengan bajet dan keperluan masing-masing.

Antara pencetak yang bakal menarik perhatian pengguna adalah pencetak tanpa wayar yang membolehkan pengguna mencetak tanpa pemacu dan hanya menggunakan e-mel.

Bak kata Pengurus Besar Negara, Kumpulan Penrcetakan dan Pengimejan, HP Malaysia, Bernard Chiang, "Jika anda boleh e-mel, anda boleh mencetak apa saja".

Beliau menambah, kaedah ini bakal membuka dunia baru bagi perniagaan dengan inovasi terkini.
Pencetak berkenaan menyediakan pelanggan kemudahan mencetak dari mana-mana peralatan mudah alih menggunakan teknologi ePrint.

Menggunakan kelebihan pengkomputeran awan (cloud computing) HP ePrint membolehkan perniagaan untuk menguruskan kandungan dan mencetak dengan cepat dan selamat hanya dengan mengemel fail tertentu seperti dokumen kerja dan imej terus ke mana-mana pencetakePrint dengan sambungan Internet tanpa menggunakan pemacu.

Hanya dengan alamat e-mel yang terdapat di pencetak, ePrint akan mencetak daripada mana-mana peralatan mudah alih seperti telefon pintar, komputer riba atau iPad.

HP Print App membolehkan pelanggan perniagaan HP mencetak kandungan web tanpa komputer hanya menggunakan paparan skrin sentuh bagi mendapatkan perkhidmatan Google Docs, Box.net dan Biztree.

Siri HP Officejet 6500A e-All-in-One memberikan pengguna menghasilkan dokumen warna berkualiti laser pada harga lebih rendah selain faks, salinan dan pengimbas.

Officejet 6500 menggunakan 40 peratus kurang tenaga berbanding pencetak laser termasuk paparan skrin sentuh warna 2.36 inci.

Pencetak Officejet 6500 dan 6500 plus akan berada di pasaran tempatan pada Disember depan.
Selain itu HP juga menggunakan platform ePrint bagi memenuhi pasaran perniagaan enterpris yang memerlukan format cetakan lebih besar bagi lukisan teknikal.

Buat pertama kali HP memberikan pengalaman baru bagi profesional dengan cetakan format teknikal yang lebih besar.
Penyelesaian terkini membantu pasukan bekerjasama di pelbagai lokasi, proses dan menurunkan kos.
Pencetak format luas dengan web tersedia pencetak, penyalin dan pengimbas HP Designjet T2300 eMultifunction Printer (eMFP) direka khusus bagi memenuhi gaya tugas mudah alih dengan memudahkan perkongsian dan menguruskan kandungan dengan rakan niaga seluruh dunia.

HP juga menerajui pencetak laser terkecil dengan HP LaserJet Pro CP1025 pertama di dunia dengan pencetak warna laser yang paling menjimatkan.

Pencetak ini mempunyai keupayaan tanpa wayar yang memberikan kebebasan kepada pengguna meletakkannya di mana-mana di rumah atau pejabat.

Pencetak ini akan berada di pasaran menjelang bulan Disember.
Pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencetak HP boleh layari laman sesawang http://www.hp.com








Selasa, November 23, 2010

SAMSUNG GALAXY TAB

                                                      
General
2G Network : GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network : HSDPA 900 / 1900 / 2100
Announced : 2010, September
Size
Dimensions : 190.1 x 120.5 x 12 mm
Weight : 380 g
Display
Type : TFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size : 600 x1024 pixels, 7.0 inches
- TouchWiz UI
- Multi-touch input method
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Three-axis gyro sensor
- Touch-sensitive controls
- Proximity sensor for auto turn-off
- Swype text input
Sound
Alert types : Vibration; MP3, WAV ringtones
Speakerphone : Yes, with stereo speakers
- 3.5 mm audio jack
Memory
Phonebook : Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records : Practically unlimited
Internal : 16GB storage, 512MB RAM
Card slot : microSD, up to 32GB
Data
GPRS : Yes
EDGE : Yes
3G : HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth : Yes, v3.0 with A2DP
Infrared port : No
USB : Yes, v2.0 (proprietary)
Camera
Primary : 3.15 MP, 2048x1536 pixels, autofocus, LED flash
Features : Geo-tagging
Video : Yes, 720x480@30fps
Secondary : Yes, 1.3 MP
Features
OS : Android OS, v2.2 (Froyo)
CPU : ARM Cortex A8 processor, 1 GHZ processor;
PowerVR SGx540 graphics
Messaging : SMS (threaded view), MMS, Email, Push Mail, RSS
Browser : HTML
Radio : No
Games : Yes
Colors : Black and Grey
GPS : Yes, with A-GPS support
Java : Yes, MIDP 2.1
- Social networking integration
- Digital compass
- Full HD video playback
- Up to 7h movie playback
- TV-out
- MP4/DivX/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Thinkfree Office (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk,
Picasa integration
- Readers/Media/Music Hub
- Adobe Flash 10.1 support
- Voice memo/dial/commands
- T9
Battery
Type : Standard battery, Li-Po 4000 mAh



Thumbs up Spesifikasi Samsung P1000 Galaxy Tab

Samsung P1000 Galaxy Tab telah datang, tablet terbaru andalan Samsung untuk mengambil porsi pasar Tablet yang makin membesar ini memang memiliki spesifikasi dan penampilan menarik yang diharapkan dapat bersaing bahkan memenangkan pasar. Apakah Samsung Galaxy Tab ini lebih bagus dari Toshiba Folio 100 si tablet Android dari Toshiba yang baru saja kami tampilkan beberapa hari lalu? Kita lihat dulu yuk info spesifikasi maupun videonya.

Samsung P1000 Galaxy Tab tablet yang telah diumumkan resmi merupakan tablet dengan layar 7 inci yang juga memiliki fungsi untuk voice call/telpon, serta mampu memutar 7 jam video, mendukung format DivX dan Flash dan browser web yang baik memiliki banyak ruang dengan resolusi WSVGA.
Spoiler for pick
ponsel

Samsung Galaxy Tab ini memiliki layar 7 inci TFT dengan resolusi 1024×600 piksel, didorong oleh prosesor Cortex-A8 yang berjalan pada 1GHz, memori 512MB RAM dan kartu grafis PowerVR SGX540. Sistem Operasi tablet ini adalah Android 2,2 Froyo, tentu saja, tapi tanpa UI TouchWiz yang biasa digunakan di ponsel Samsung.
Spoiler for spoiler
ponsel
Galaxy Tab mendukung jaringan GSM / GPRS / EDGE bersama dengan konektivitas 3G HSPA yang disempurnakan. Baik suara dan data semuanya didukung bahkan bisa SMS dan MMS juga. Perangkat tablet ini pun memiliki menghadap dua kamera, kamera depan 1.3MP untuk panggilan video. Pada bagian belakang, ada kamera kedua – dengan fokus otomatis 3MP dan flash LED.
Spoiler for spoiler
ponsel
Samsung P1000 Galaxy Tab berukuran cukup besar untuk digunakan sebagai telepon tapi kompak untuk tablet , ukuran 190,1 x 120,5 x 11.98mm dan berat 380g. Berat lebih ringan dibandingkan dengan iPad adalah sebagian karena ukuran lebih kecil dan karena tubuh Tab terbuat dari plastik.

Ada dua pilihan untuk built-in memori – 16GB atau 32GB, yang dapat ditambah menggunakan kartu microSD hingga 32GB. Konektivitas dari Samsung Galaxy Tab adalah Bluetooth 3.0, Wi-Fi b / g / n dan konektor 30 pin data seperti Apple.
Spoiler for pick
ponsel
Dan ada juga HDMI yang disertakan, dan tablet ini juga mendukung video codec yang luas (DivX, XviD, H.264, Flash 10,1 juga) dan baterai 4000 mAh yang cukup bertahan lama hingga 7 jam utk pemutaran video/film. Galaxy Tab menangani resolusi HD dengan mudah juga.

Samsung telah menambahkan Readers Hub, yang menawarkan akses sampai 2 juta buku dan ribuan majalah dan surat kabar, bergabung pada serangan tablet pada perangkat eReader . Jika aplikasi yang datang dimuat di Samsung P1000 Galaxy Tab tidak cukup, Anda memiliki akses penuh ke Android Market..

Samsung Galaxy Tab akan diluncurkan di Eropa pada pertengahan September (Italia pertama kali) dan memperluas ke AS, Asia dan Korea pada bulan-bulan berikutnya. (sumber)

Harga Samsung Galaxy Tab belum diumumkan secara resmi tetapi ada bocoran info dari Engadget harganya $1,240 atau 10 jutaan rupiah, heh.. kok mahal sekali yah. Tapi tenang saja, ini harga belum resmi, semoga saja harga resmi Galaxy Tab ini lebih murah dan kalau bisa lebih murah kalau masuk Indonesia yah :D

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab:

Quote:
* Form factor: Tablet
* Size: 190.09 x 120.45 x 11.98mm, 380g
* Display: 16M colors 7” TFT LCD capacitive touchscreen of WVGA resolution
* OS: Android 2.2 Froyo
* CPU: 1 GHz Hummingbird CPU with PowerVR SGX540 graphics accelerator, 512 MB of RAM
* Camera: 3.2 MP autofocus camera with D1 video recording; LED flash
* Memory: 16 GB internal memory, expandable through a microSD card slot
* Connectivity: quad-band GSM/GPRS/EDGE and tri-band (900/1900/2100 MHz) UMTS with HSDPA 7.2 Mbps and HSUPA 5.76 Mbps support, Wi-Fi b/g/n, Assisted GPS, Bluetooth 3.0, 30-pin connector
* Battery: 4,000mAh (Up to 7 hours of video playback)
* Extra features: Gyro sensor, accelerometer sensor for automatic UI rotation, ambient light sensor, Adobe Flash Player 10.1 support
Supaya komplit, kita bisa lihat video iklan komersial Samsung Galaxy Tab ini:

Jumaat, November 12, 2010

Kemunculan HTC HD7





Kemunculan HTC HD7

PERTENGAHAN tahun lalu, HTC Corporation (HTC) menjadi syarikat telefon bimbit pertama di Malaysia yang memperkenalkan platform Android menerusi peranti selular HTC Hero.

HTC HD7Tampil dengan portfolio yang berbeza untuk tahun 2010, syarikat tersebut baru-baru ini mengeluarkan model HTC HD7  dengan sokongan pacuan sistem operasi Windows Phone 7 pula.

Menurut Ketua Pegawai Operasi HTC Corporation, Peter Chou, platform baru itu bakal menawarkan pengalaman mobiliti yang lebih segar kepada pengguna.

"Melalui integrasi bersama Microsoft ini, pengguna akan dapat menikmati aplikasi dan perkhidmatan komunikasi mobiliti yang lebih lengkap serta menyeluruh.

"Untuk platform HTC Hub dan antara muka Tile pula, ia dilengkapi spesifikasi lebih unik dan eksklusif sekali gus memudahkan pengguna mencari maklumat seperti muzik, foto, video, permainan video dan keadaan cuaca,'' katanya.

Di samping itu, model tersebut turut disempurnakan bersama paparan skrin sentuh kapasitif WGVA resolusi tinggi bersaiz 4.3 inci.

Dari segi pembangunan reka bentuknya, model berkenaan mempunyai kemasan yang cukup unik dan menarik.

Penampilan spesifikasi lainnya adalah seperti pemproses Qualcomm QSD 8250 1GHz, memori ROM 512 MB, RAM 576 MB serta memori binaan dalam 16 gigabit (GB). HTC HD7 bakal berada di pasaran Malaysia menjelang November ini 





Untuk melihat  spesifikasi HTC HD7 sila klik( Di sini )

Manakala untuk melihat spesifikasi Nokia E7-00 pula   (  Di sini  )

Dan untuk melihat spesifikasi   Apple iphone 4 pula   ( Di sini )





Ulasan = 

Aku tengah berfikir ni...... sama ada nak beli HTC HD7 ini atau Nokia E7-00, perbezaan antara keduanya ialah, screen HTC HD7 adalah  4.3" manakala Nokia E7-00  adalah  4", kurang sikit sahaja, kira serilah,   Camera pula, HTC HD7 dengan 5 mp, manakala  Nokia E7-00 pula 8 mp, menang pulak Nokia E7-00, sistem operasi pula, HTC HD7 menggunakan Windows Phone 7,  manakala  Nokia E7-00 menggunakan symbian ^3,  di sini aku tak tahu, mana baik diantara Windows Phone 7 ni dengan Symbian ^3 ni  dan apakah kelemahan di antara kedua-duanya  ( jika ada.)

Nokia E7-00 ada radio, HTC HD7 tiada,  Nokia E7-00 ada USB On-the-go support , HTC HD7 tiada, kalah lagi...............

Hai nampak gayanya Nokia E7-00  ada lebih sikit dari   HTC HD7,    lagi ? ....................apa lagi ye......