Kemunculan HTC HD7
PERTENGAHAN tahun lalu, HTC Corporation (HTC) menjadi syarikat telefon bimbit pertama di Malaysia yang memperkenalkan platform Android menerusi peranti selular HTC Hero.
Menurut Ketua Pegawai Operasi HTC Corporation, Peter Chou, platform baru itu bakal menawarkan pengalaman mobiliti yang lebih segar kepada pengguna.
"Melalui integrasi bersama Microsoft ini, pengguna akan dapat menikmati aplikasi dan perkhidmatan komunikasi mobiliti yang lebih lengkap serta menyeluruh.
"Untuk platform HTC Hub dan antara muka Tile pula, ia dilengkapi spesifikasi lebih unik dan eksklusif sekali gus memudahkan pengguna mencari maklumat seperti muzik, foto, video, permainan video dan keadaan cuaca,'' katanya.
Di samping itu, model tersebut turut disempurnakan bersama paparan skrin sentuh kapasitif WGVA resolusi tinggi bersaiz 4.3 inci.
Dari segi pembangunan reka bentuknya, model berkenaan mempunyai kemasan yang cukup unik dan menarik.
Penampilan spesifikasi lainnya adalah seperti pemproses Qualcomm QSD 8250 1GHz, memori ROM 512 MB, RAM 576 MB serta memori binaan dalam 16 gigabit (GB). HTC HD7 bakal berada di pasaran Malaysia menjelang November ini
Manakala untuk melihat spesifikasi Nokia E7-00 pula ( Di sini )
Dan untuk melihat spesifikasi Apple iphone 4 pula ( Di sini )
Ulasan =
Aku tengah berfikir ni...... sama ada nak beli HTC HD7 ini atau Nokia E7-00, perbezaan antara keduanya ialah, screen HTC HD7 adalah 4.3" manakala Nokia E7-00 adalah 4", kurang sikit sahaja, kira serilah, Camera pula, HTC HD7 dengan 5 mp, manakala Nokia E7-00 pula 8 mp, menang pulak Nokia E7-00, sistem operasi pula, HTC HD7 menggunakan Windows Phone 7, manakala Nokia E7-00 menggunakan symbian ^3, di sini aku tak tahu, mana baik diantara Windows Phone 7 ni dengan Symbian ^3 ni dan apakah kelemahan di antara kedua-duanya ( jika ada.)
Nokia E7-00 ada radio, HTC HD7 tiada, Nokia E7-00 ada USB On-the-go support , HTC HD7 tiada, kalah lagi...............
Hai nampak gayanya Nokia E7-00 ada lebih sikit dari HTC HD7, lagi ? ....................apa lagi ye......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan