Isnin, November 01, 2010

Inspiron Mini 1018 dari DELL




Inspiron Mini bakal memikat penggemar net book.



Bagaikan pisang goreng panas, begitulah edisi terkini Mini Family iaitu Inspiron Mini 1018 yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mini 1018 datang dengan warnaObsidian Black menawarkan hayat bateri yang panjang, kuasa memproses yang ideal bagi perayauan web, rangkaian sosial dan hiburan yang amat sesuai bagi pengkomputeran netbook dalam bentuk yang kompak, mudah alih dan harga yang mampu dimiliki.

Bermula dengan harga RM1,199, Mini 1018 memberikan sambungan terbaik, produktiviti serta hiburan.

Mini 1018 menggunakan pemprosesan Intel N455 Single Core, teknologi memori DDR3 dan sambungan lebih luas dengan Wireless N dengan pemacu cakera keras shingga 250GB bermakna anda boleh menggunakannya pelbagai guna untuk sambungan dan simpanan di mana saja anda berada.

Model Mini 1018 yang mengutamakan rangkaian sosial dengan memasukkan SkypeTMbersama-sama dengan kamera web binaan dalam, pengguna boleh menikmati panggilan video Skype-to-Skype ke seluruh dunia.
Pengguna juga boleh menikmati pakej kecil net book yang membolehkan pengguna melakukan hampir apa saja di mana saja.

Antaranya hiburan bagi kanak-kanak dan dewasa semasa dalam perjalanan, berbual dengan yang tersayang merentasi benua malah membeli belah secara dalam talian.
Mini 1018 merupakan produk terkini daripada Dell yang menawarkan pelanggan keupayaan dalam talian dan memilih netbook atau komputer riba dengan yakin menjadikannya pelaburan paling pintar yang akan memberikan teknologi rekaan sesuai dengan keperluan mereka
.
Bermula dengan harga RM1,199, Mini 1018 boleh dibeli di laman sesawang www.dell.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan