KADANG-KALA menukar pencetak ke komputer lain merupakan tugas yang remeh kerana memerlukan pemacu untuk mengubah dari satu komputer ke komputer yang lain.
Kini pengeluar mesin pencetak utama Hewlett Packard (M) Sdn Bhd (HP) melancarkan beberapa siri mesin pencetak meliputi OfficeJet, LaserJet dan DesignJet.
Pencetak berkenaan memberikan pelanggan memilih pencetak yang sesuai dengan bajet dan keperluan masing-masing.
Antara pencetak yang bakal menarik perhatian pengguna adalah pencetak tanpa wayar yang membolehkan pengguna mencetak tanpa pemacu dan hanya menggunakan e-mel.
Bak kata Pengurus Besar Negara, Kumpulan Penrcetakan dan Pengimejan, HP Malaysia, Bernard Chiang, "Jika anda boleh e-mel, anda boleh mencetak apa saja".
Beliau menambah, kaedah ini bakal membuka dunia baru bagi perniagaan dengan inovasi terkini.
Pencetak berkenaan menyediakan pelanggan kemudahan mencetak dari mana-mana peralatan mudah alih menggunakan teknologi ePrint.
Menggunakan kelebihan pengkomputeran awan (cloud computing) HP ePrint membolehkan perniagaan untuk menguruskan kandungan dan mencetak dengan cepat dan selamat hanya dengan mengemel fail tertentu seperti dokumen kerja dan imej terus ke mana-mana pencetakePrint dengan sambungan Internet tanpa menggunakan pemacu.
Hanya dengan alamat e-mel yang terdapat di pencetak, ePrint akan mencetak daripada mana-mana peralatan mudah alih seperti telefon pintar, komputer riba atau iPad.
HP Print App membolehkan pelanggan perniagaan HP mencetak kandungan web tanpa komputer hanya menggunakan paparan skrin sentuh bagi mendapatkan perkhidmatan Google Docs, Box.net dan Biztree.
Siri HP Officejet 6500A e-All-in-One memberikan pengguna menghasilkan dokumen warna berkualiti laser pada harga lebih rendah selain faks, salinan dan pengimbas.
Officejet 6500 menggunakan 40 peratus kurang tenaga berbanding pencetak laser termasuk paparan skrin sentuh warna 2.36 inci.
Pencetak Officejet 6500 dan 6500 plus akan berada di pasaran tempatan pada Disember depan.
Selain itu HP juga menggunakan platform ePrint bagi memenuhi pasaran perniagaan enterpris yang memerlukan format cetakan lebih besar bagi lukisan teknikal.
Buat pertama kali HP memberikan pengalaman baru bagi profesional dengan cetakan format teknikal yang lebih besar.
Penyelesaian terkini membantu pasukan bekerjasama di pelbagai lokasi, proses dan menurunkan kos.
Pencetak format luas dengan web tersedia pencetak, penyalin dan pengimbas HP Designjet T2300 eMultifunction Printer (eMFP) direka khusus bagi memenuhi gaya tugas mudah alih dengan memudahkan perkongsian dan menguruskan kandungan dengan rakan niaga seluruh dunia.
HP juga menerajui pencetak laser terkecil dengan HP LaserJet Pro CP1025 pertama di dunia dengan pencetak warna laser yang paling menjimatkan.
Pencetak ini mempunyai keupayaan tanpa wayar yang memberikan kebebasan kepada pengguna meletakkannya di mana-mana di rumah atau pejabat.
Pencetak ini akan berada di pasaran menjelang bulan Disember.
Pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencetak HP boleh layari laman sesawang http://www.hp.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan