Rabu, November 10, 2010

Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan Apple



Windows 7 Phone Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan Apple
Aku ada berapa pengalaman memiliki dan mengunakan Smartphones yang sistem operasi menggunakan OS Windows Mobile. Tertarik melihat pengguna Smartphones leka menggunakkan stylus dan aku sendiri pun teringin merasai pengalaman tersebut. Smartphone pertama aku adalah O2 Xda II dan aku terpaksa belajar semula dari bawah tentang penggunaanya kerana 100% berbeza dengan telefon bimbit biasa.
Pada ketika itu aku baru sedar bahawa hanya orang-orang yang sabar sahaja boleh menggunakan Windows Mobile ini, kerana  anda perlu sabar ketika hendak dail nombor telefon, taip SMS sehingga cari nombor telefon perlu menggunakan stylus. Nak balas SMS tidak semudah telefon bimbit biasa. Pada masa itu cip unit processor tidak selaju Smartphones yang ada sekarang dan kadang-kadang kena tunggu sikit sebelum yang kita nak access atau  keluar. Dengan O2 Xda II tak lama kemudian aku upgrade O2 Zinc dan antara Smartphones yang aku minati kerana ada slide keyboard,  jadi kerja-kerja menaip lebih senang dan skrin sentuh pun lebih sensitif walaupun tanpa stylus. Itu pun tak lama bila Nokia 5800 Music Epxress keluar aku mula mengelabah kerana teruja melihat kawan beli dengan duitbonus.
Microsoft dikatakan akan melancarkan Window 7 didalam tahun ini. Perlu di ingat market segmen telah dibahagi berapa jenis pengguna sebagai contohApple Iphone 4 terkenal dengan skrin sentuh dan pelbagaian applikasi. RIM dengan pengguna Blackberry meyukai keselesaan mengunakan QWERTY keyboard yang mudah capai. Manakala Google memperkenalkan OS Google Android alternatif kepada Windows Mobile lebih ringan dan sistem operasi terbuka. Ramai pengguna HTC yang mengunakan Windows Mobile upgrade ke OS Android tanpa perlu membeli gajet baru.

“HTC HD7 mengunakan OS Windows 7 mobile”

Sedikit info mengenai Windows Phone 7 mobile hadir dengan paparan ikon yang agak besar pada muka skrin. Ikon SMSOutlookPhone dan Facebook mudah dicapai dan mudah difahami dengan masa singkat berbanding versi Windows Mobile 6.5,  Window Phone 7 ini  turut diperkenalkan 3 butang mudah BackStart dan Search. Jika anda kehilangan telefon anda boleh login akaun Window Live Id untuk mendapat peta lokasi dimana telefon anda berada,  seperti yang terdapat didalam Apple iPhone yang juga  mempunyai ciri yang sama.

Window 7 Mobile kali ini  lebih mesra dengan skrin sentuh yang menjadi trend dan beberapa applikasi yang ada di Windows Mobile sebelum ini dikekalkan.  Sayangnya pemilik Windows Mobile 6.5 tidak dapat menaik taraf ke Windows Phone 7 secara percuma. Windows Phone 7 juga memperkenal Marketplace untuk mendapatkan applikasi sepertiApple ITunes dan Android dengan Android Market.




Entry di atas di petik dari   ( sini )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan